Boleh Pula Doktor Pelatih Jatuhkan Baby aku Yang Baru Umur 3 Hari !
Aku yang tengok dari jauh memang geram la, dah la baru umur 3 hari, otak pun macam jeli lagi lembut , dok angkat lepas angkat lepas sampai anak aku terkejut, tangan dia terangkat 2 2 belah sebab takut , lepastu memang menangis la anak aku. >:(
Semalam aku pergi Klinik Kesihatan cek kuning baby aku umur 3 hari, lepastu kuning dia tinggi dan perlu admit ke hospital, so aku pergilah ke Hospital xxxxx ( dalam kawasan Penang tak mau nak viral). Lepas daftar semua aku dengan isteri pergi la ke wad 1 , depa suruh tinggal anak dalam katil plastik baby tu dan buang baju, kami pun ikut la takda masalah. Tinggal pampers saja. Lepastu ada la seorang doktor pelatih datang cek baby kami, dia cek dari kepala sampai kaki , lepastu dia angkat baby aku dia lepas , tangan satu lagi dia sambut bila anak aku jatuh. 2 3 kali dia ulang buat macam tu. Aku teka dia doktor pelatih sebab nametag dia tulis Asyraf Fahmi , takda tulis DR pun .
Aku yang tengok dari jauh memang geram la, dah la baru umur 3 hari, otak pun macam jeli lagi lembut , dok angkat lepas angkat lepas sampai anak aku terkejut, tangan dia terangkat 2 2 belah sebab takut , lepastu memang menangis la anak aku.
Terus aku pergi serang doktor tu!
Aku: Doktor apa buat macamtu, bergegar la otak dia , dahla baru 3 hari !! Anak orang lain ang nak buat lebih kurang xpa !! Aku report polis saman ang baru tau !!
Nurse yang ada di kaunter pun bangun bila dengar aku jerit, pakat kumpul keliling aku, depa ingat aku nak pegang doktor tu rasanya.
Dr: Bang sabar bang, ni memang semua baby kami cek macam ni. Ni pemeriksaan rutin.
Aku: Anak orang lain takpa la ang nak buat apa pun, ang silap orang la harini !
Dr: Kami cek Moro’s reflex bang.
Aku tengok doktor ni steady ja balas , lepastu bini aku mai pegang aku bagi aku sabar. Bini aku boleh jalan walaupun baru lepas bersalin sebab dia bersalin secara operation caesar.
Bini aku: Moro tu apa doktor, tak pernah dengar pulak orang cek benda-benda macamni kalau kuning.
Dr:Moro tu reflex pertama bayi lepas lahir, semua baby kami cek benda ni, kalau dia ada, maknanya baby tu otak dia normal.
Aku: Aku tak paham.
Dr:Bila baby abang ni tangan dia mendepa lepas dia jatuh, seolah olah dia cuba nak mencapai sesuatu untuk dia pegang dari jatuh, maksud dia fungsi otak dia normal la. Contoh kalau waktu isteri abang tengah menyusu, dan dia terjatuh dari pegangan mak dia, dia akan cuba tangkap tangan mak dia supaya dia xjatuh. Reflex ni lahir dengan baby, satu satunya perasaan takut yang tak perlu diajar pada manusia. Mungkin sebab kita semua anak Adam ni jatuh dari syurga, sebabtu kita dah belajar siap siap waktu kita jatuh dulu.
Aku yang bengang nak pi tumbuk doktor ni tadi pun segan bila dia balas macamtu. Pandai pulak dia reka pasal anak adam jatuh dari syurga macamtu. Segan pula bila ramai kerumun aku dengan isteri dekat situ.
Bini aku: Minta maaf doktor kami tak tau, maaf no.
Sebab ego jantan aku , aku pun keluar dari wad tu pergi isap rokok tanpa minta maaf macam bini aku. Boleh tahan juga Doktor tu , aku google pasal moro reflex tu memang ada, tapi bab pasal anak adam diajar perasaan takut jatuh sebelum lahir sebab dia jatuh dari syurga tu tak jumpa pula la . Mungkin doktor tu kelentong aku la kot. Buat malu je mengamuk pagi pagi tu hehe. Anak aku pun selamat dah discas semalam. Apapun kalau doktor tu baca post fb aku ni , aku nak minta maaf banyak banyak , Doktor Asyraf Fahmi.
sumber FB Poji Sengoti
The post Boleh Pula Doktor Pelatih Jatuhkan Baby aku Yang Baru Umur 3 Hari ! appeared first on Kaki Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2SCYhRk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment