Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tips Mudah Susun Buku Sekolah Anak Ikut Jadual (Serius Smart) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tips Mudah Susun Buku Sekolah Anak Ikut Jadual (Serius Smart)

Ikut jadual waktu adalah benda paling annoying waktu zaman sekolah. Apasal la waktu kita sekolah dulu tak tahu pun cara ni 🙁


 

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ni saya nak kongsikan cara saya susun buku sekolah anak-anak mengikut jadual. Cara ni memang saya dah praktikkan sejak Faris darjah 2. Tahun ni pun dia dah darjah 4, so, dah dua tahun saya kaji keberkesanan cara ni. Sekarang Alisya darjah 1 pun saya gunakan cara yang sama.

Cara ini saya rasakan agak praktikal dan sistematik untuk saya dan anak-anak. Yang paling penting anak-anak saya boleh urus sendiri buku-buku mereka ikut jadual kelas. So, tak perlulah saya nak susun buku mereka, sebab confirm mereka boleh buat sendiri.

Apa yang diperlukan cuma:

1. File – cari file yang ringan dan tidak tebal. Dari pemerhatian saya, button file atau velcro file, sesuai untuk anak-anak. Tak berat sangat dan mudah untuk digunakan oleh anak-anak. Satu file untuk satu subjek. Macam Alisya ada lapan subjek, so lapan file. Setiap file akan diisi dengan buku teks, buku aktiviti dan buku tulis. Konsepnya 1 file, 1 subjek. Bagi buku yang ada dua jilid (biasanya buku BM, BI dan Maths), untuk enam bulan pertama masukkan buku jilid satu sahaja. Buku jilid dua biasanya hanya dipakai selepas anak-anak selesai ujian pertengahan tahun.

2. Label – saya gunakan Labelmaker DYMO untuk menandakan file dengan nama subjek. Atau anda boleh print je subjek-subjek yang ada kemudian tampal pada file tu. Label yang dibuat, haruslah berdasarkan jadual waktu kelas anak-anak. Maksudnya kalau untuk subjek Matematik ditulis sebagai MATHS di dalam jadual, maka labelkan MATHS juga pada file berkenaan. Tujuannya supaya anak tidak keliru, semasa menyusun buku nanti.


Labelmaker DYMO masa saya beli tu, harganya RM39.90 satu set di Jusco

Contoh file yang telah dilabel. Label seperti apa yang ada dalam jadual.

3. Jadual waktu kelas – semestinya jadual waktu kelas anak-anak. 😃 Dengan adanya file mengikut subjek ini, maka anak-anak hanya perlu membawa file subjek yang berkenaan mengikut hari.


Contoh jadual waktu kelas. Label perlulah ikut seperti ditulis pada jadual kelas.

Kelebihan buku disusun mengikut subjek di dalam file.

1. Memudahkan anak-anak untuk menyusun sendiri buku mengikut jadual kelas. 😜

2. Anak-anak hanya perlu keluarkan file yang berkenaan semasa di dalam kelas. Jika waktu BM, maka file BM yang dikeluarkan. Anak-anak tak perlu lagi mencari satu-satu buku di dalam beg. Habis waktu BM, mereka hanya perlu simpan semula buku-buku BM di dalam file dan keluarkan file subjek berikutnya. Sama juga bila nak siapkan kerja rumah, mereka hanya perlu keluarkan file yang berkenaan. Senang! 😄

3. Seperti yang kita sedia maklum, jadual kelas anak-anak biasanya akan dirombak beberapa kali dalam setahun. Dengan adanya file subjek ni, maka tidak timbul masalah untuk melabel semula semua buku, mengikut jadual waktu baru.

Saya juga pernah menggunakan kaedah
yang pernah viral seperti ini, tapi tidak praktikal
untuk saya dan anak-anak. Jadual sekolah anak-anak
bertukar setiap 3 bulan.

4. Kalis air dan minyak. Macam mana tu? Disebabkan Faris memang hari-hari bawa bekal, kadang-kadang tertumpah sup ke, minyak ke pada buku-buku yang dibawa. Macam tu juga kalau hari hujan, mesti buku basah. Sejak saya masukkan buku-buku dalam file, alhamdulillah buku-buku selamat… InsyaAllah. 😁

Inilah cara saya susun buku sekolah Faris dan Alisya. InsyaAllah, file ni tahan lama, ia bukanlah item yang perlu diganti setiap tahun. Setakat ni untuk Faris, dia masih pakai file dari darjah 2. Saya cuma gantikan tiga ke empat file, sebab file tu dah rosak dan koyak.

Moga entri ini bermanfaat buat ibu bapa yang mencari solution untuk menyusun buku sekolah anak mengikut jadual… 😁 Thanks for reading! 😍😍😍

The post Tips Mudah Susun Buku Sekolah Anak Ikut Jadual (Serius Smart) appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2SIhnWr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.