Hi! Welcome Back and Stay Tune! Soundbrenner Core Adalah Jam Tangan Pintar Untuk Ahli Muzik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Soundbrenner Core Adalah Jam Tangan Pintar Untuk Ahli Muzik

Metronom adalah alat daripada zaman yunani kuno. Ia digunakan oleh ramai ahli muzik gunakan alat ini untuk berlatih agar muzik yang dihasilkan mengikut rentak. Bacaan rentak metronom ini adalah berdasarkan rentak per minit.

Terkini dengan era peranti boleh pakai dan hampir segalanya sudah lebih mudah, metronom boleh dikatakan adalah alat yang sudah lapuk. Oleh itu, Soundbrenner Core dihasilkan. Ia adalah jam tangan pintar yang dihasilkan khusus buat ahli muzik. Soundbrenner Core mempunyai metronom digital terbina. Skrin dengan animasi berserta getaran adalah perkara yang menggantikan alat metronom yang lama. Jam akan bergetar mengikut rentak per minit bagi memudahkan ahli muzik mengikut rentak.

Jam tangan pintar ini turut sesuai digunakan untuk pemain gitar, bass dan biola. Ini kerana ia mempunyai sensor yang sangat jitu untuk membaca nilai decibel. Cara menggunakannya adalah, cabut Soundbrenner Core dari tali jam dan sambungkan pada gitar melalui sambungan magnetik dengan aksesori yang disediakan. Jadi, pemain-pemain alatan muzik bertali ini akan mudah untuk laraskan alat muzik mereka.

Soundbrenner Core masih lagi jam tangan pintar, jadi fungsi seperti menerima notifikasi masih kekal. Bateri jam tangan ini mampu bertahan selama tiga hari dalam satu pengecasan. Untuk perlindungan pula, ia mempunyai kalis percikan IP66. Soundbrenner Core versi biasa dijual dengan tanda harga $229 (~RM942) dan versi besi Soundbrenner Core Steel adalah $329 (~RM1353) sahaja. Ia dijual melalui laman biayasama Indiegogo dan bagi yang membuat tempahan awal, layak menerima diskaun sehingga 30%.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2SJwhLN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.