Hi! Welcome Back and Stay Tune! LG Memperkenalkan LG Signature OLED TV R – Televisyen 4K Yang Boleh Digulung Dan Hadir Dengan Sokongan Audio Dolby Atmos - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LG Memperkenalkan LG Signature OLED TV R – Televisyen 4K Yang Boleh Digulung Dan Hadir Dengan Sokongan Audio Dolby Atmos

Di acara pengumuman mereka di CES 2019, LG telah memperkenalkan pelbagai jenis produk di atas pentas mereka. Tetapi satu produk yang paling menarik diantara kesemua produk-produk tersebut mungkin set televisyen terbaru mereka yang hadir dengan satu ciri yang agak musykil sekali.

Televisyen tersebut dinamakan LG Signature OLED TV R, iaitu sebuah set televisyen yang boleh digulung untuk mengurangkan rasa semak di dalam sesebuah bilik. Apabila digulung keluar dengan penuh, televisyen Signature OLED TV R ini hadir dengan paparan yang bersaiz 65 inci dan mempunyai resolusi 4K.

Jika pengguna tidak lagi ingin menonton rancangan televisyen, paparan ini boleh digulung masuk kedalam sebuah kabinet yang juga merumahkan sepasang pembesar suara 4.2 yang hadir dengan sokongan untuk teknologi audio Dolby Atmos yang cukup berkuasa sekali

.

Televisyen ini juga dikuasakan oleh cip pemprosesan pintar Alpha A9 yang akan membantu memperbaiki mutu video dan audio yang dipaparkan pada skrin ini menggunakan kecerdasan buatan dan deep learning,

Dalam pada itu, televisyen Signature OLED TV R ini hadir dengan beberapa mod yang berbeza, termasuklah Full View dan Zero View apabila paparannya keluar ataupun digulung secara penuh, dan juga Line View yang membolehkan pengguna melihat waktu dan juga mendengar lagu apabila hanya sebahagian daripada paparan ini keluar daripada kabinet.

Buat masa ini, pihak LG masih belum mengumumkan lagi bilakah televisyen LG Signature OLED TV R ini akan mula dijual di pasaran dunia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2CVjyR2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.