Hi! Welcome Back and Stay Tune! MSI Memperkenalkan Komputer Riba 17-inci Pertama Dengan Sokongan Grafik NVIDIA RTX - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MSI Memperkenalkan Komputer Riba 17-inci Pertama Dengan Sokongan Grafik NVIDIA RTX

MSI hari ini turut telah mengadakan acara CES 2019, sekaligus memperkenalkan beberapa produk terbaru daripada mereka. Menjadi fokus utama pada pengenalan kali ini adalah dua komputer riba yang hadir dengan kad grafik terbaru daripada NVIDIA.

MSI Stealth GS75

Yang pertama adalah MSI Stealth GS75 yang hadir dengan skrin 17.3-inci pada kadar segar semula 144Hz, selain dilengkapi dengan cip Intel Core i7 generasi kelapan. Ia menawarkan rekaan yang agak nipis untuk sebuah komputer riba permainan – dan menyertakan kad grafik NVIDIA RTX 2080.

MSI GE75 Raider

Selain daripada itu, MSI turut memperkenalkan MSI GE75 Raider yang mana menurut MSI, ia adalah komputer riba 17-inci pertama didunia yang hadir dengan kad grafik RTX 2080. Komputer riba ini turut menyertakan cip Intel Core i7, selain dilengkapi sokongan papan kekunci RGB daripada SteelSeries, sokongan audio daripada Dyanaudio, selain rekaan yang sangat menawan.

Penawaran kedua-dua komputer riba ini dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2TuseD2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.