Hi! Welcome Back and Stay Tune! Grab Dan ZhongAn Menandatangani Usaha Sama Untuk Membina Perkhidmatan Penjualan Insurans Melalui Aplikasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Grab Dan ZhongAn Menandatangani Usaha Sama Untuk Membina Perkhidmatan Penjualan Insurans Melalui Aplikasi

Pada tahun lalu, Grab memperkenalkan aplikasi Grab SuperApp mereka yang memudahkan pengguna untuk mengakses pelbagai jenis perkhidmatan melalui satu aplikasi sahaja.

Terkini, Grab telah menandatangani sebuah usaha sama bersama-sama dengan ZhongAn, sebuah syarikat insurans dari China untuk membina sebuah perkhidmatan pemasaran insurans melalui aplikasi Grab SuperApp.

Kerjasama diantara kedua-dua ini dikatakan akan memudahkan pengguna untuk membeli insurans dengan mudah dan murah, disamping memberi pengguna pilihan untuk memilih insurans yang lebih bersesuaian dengan keperluan mereka.

Dalam pada itu, Grab dan ZhongAn juga akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat insurans di seluruh dunia untuk memudahkan proses penjualan insurans mereka kepada para pengguna Grab SuperApp ini.

Sebagai contoh, Grab akan mula menjual insurans pemandu oleh Chubb, sebuah insurans yang cukup berguna khususnya untuk para pemandu Grab supaya mereka terlindung sekiranya mereka kehilangan pendapatan apabila jatuh sakit ataupun terlibat dalam kemalangan.

Menurut Grab, perkhidmatan pemasaran insurans ini akan mula diperkenalkan di Singapura dahulu melalui Grab SuperApp mereka, dan akan memasuki pasaran-pasaran lain di Asia Tenggara di masa akan datang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2stcEft

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.