Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nike Melancarkan Kasut Swa-Ikat Baru, Nike Adapt BB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nike Melancarkan Kasut Swa-Ikat Baru, Nike Adapt BB

Semalam, Nike berkongsi video acah mengenai kasut swa-ikat terbaru mereka. Melalui video acah tersebut, ia memperlihatkan reaksi pengguna terawal membuatkan mereka gembira dan turut dilihat kasut swa-ikat ini boleh dikawal dengan telefon pintar.

Hari ini, Nike melancarkan kasut swa-ikat terbaru mereka secara rasmi – Nike Adapt BB. Kasut swa-ikat terawal Nike, mereka menggunakan sistem yang dinamakan HyperAdapt. Untuk Nike Adapt BB, mereka hadir dengan sistem baruFitAdapt. Kasut swa-ikat ini boleh dikawal dengan telefon pintar, melalui aplikasi Nike Adapt. Selain daripada kawalan menggunakan aplikasi, turut terdapat butang yang bernyala di sisi kasut untuk kawalan manual.

Melalui aplikasi Nike Adapt, ia turut boleh menukar warna butang pada sisi kasut tadi. Kemudian sistem FitAdapt turut boleh ditetapkan beberapa tetapan tahap ketat kasut. Misalnya, sebelum mulakan sukan tahap ketat akan sedikit lebih longgar dan mula sahaja sukan – ia akan ketat secara automatik. Selesai sukan, ia akan secara automatik longgar semula. Kemaskini aplikasi Nike Adapt kelak, turut akan mempunyai tetapan khas hanya untuk senaman ringan/memanaskan badan. Untuk pengecasan pula, laman web Nike memperlihatkan imej di mana kasut ini diletakkan di atas pad khas – jadi ia mungkin dicas secara nirwayar.

Menurut Nike, kasut ini telah diuji untuk tahan hentakan, swa-ikat sebanyak 2900 kitaran, butang diuji dengan 40,000 kali tekan, 300 batu larian dan banyak lagi ujian ketahanan. Jadi pengguna tidak perlu risau mengenai ketahanan kasut. Nike Adapat BB akan mula dijual di laman web rasmi Nike pada 17 Februari kelak. Harga jualannya adalah $350 iaitu sekitar RM1434 sepsang. Buat masa ini, Nike Adapt BB hanya sesuai untuk digunakan dengan sukan bola keranjang – kerana menurut Nike, ia mempunyai permintaan yang tinggi.

 



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2FywzBH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.