Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemaskini Perisian NVIDIA GeForce Terbaru Memperkenalkan Sokongan Variable Refresh Rate Untuk Paparan AMD FreeSync - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemaskini Perisian NVIDIA GeForce Terbaru Memperkenalkan Sokongan Variable Refresh Rate Untuk Paparan AMD FreeSync

Sewaktu acara CES 2019, NVIDIA mengumumkan bahawa mereka akan mula hadir dengan kemaskini perisian dimana kad-kad grafik mereka akan menyokong teknologi paparan Adaptive Sync, ataupun lebih dikenali sebagai AMD FreeSync.

Hari ini, NVIDIA baru sahaja melancarkan kemaskini perisian grafik GeForce driver 417.71 untuk kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 yang baru sahaja dilancarkan dan juga untuk memperkenalkan sokongan untuk paparan AMD FreeSync kepada kad-kad grafik NVIDIA.

Selepas kemaskini tersebut dimuat-turun, jika anda mempunyai sebuah paparan FreeSync yang diiktiraf G-SYNC Compatible oleh NVIDIA, perisian GeForce Experience akan terus mengaktifkan ciri kadar segar semula boleh-ubah (variable refresh rate) secara automatik.

Jika paparan FreeSync anda tidak diiktiraf oleh NVIDIA, anda masih boleh mengaktifkan sokongan kad grafik NVIDIA secara manual melalui perisian NVIDIA Control panel. Anda hanya perlu memastikan ciri kadar segar semula boleh-ubah diaktifkan melalui OSD paparan anda.

Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah ciri ini hanya akan disokong jika anda menyambungkan paparan anda kepada kad grafik menggunakan kabel DisplayPort. Walaupun terdapat paparan yang boleh menggerakkan FreeSync menggunakan HDMI, sokongan teknologi GSYNC hanya hadir melalui palam DisplayPort pada kad grafik.

Buat masa ini NVIDIA masih menyatakan bahawa hanya 12 paparan AMD FreeSync disokong, dan pengalaman penggunaan anda mungkin berbeza jika menggunakan ciri variable refresh rate tersebut dengan paparan yang tidak diiktiraf..



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ANftwC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.