Hi! Welcome Back and Stay Tune! IDC – Jualan iPhone Lebih Rendah Berbanding Samsung Pada Suku Yang Lalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

IDC – Jualan iPhone Lebih Rendah Berbanding Samsung Pada Suku Yang Lalu

Pada suku keempat biasanya jualan telefon pintar akan mencanak naik kerana permintaan perayaan Krismas. Secara tradisinya jualan iPhone adalah yang tertinggi diikuti oleh Samsung, Huawei dan pengeluar yang lain. Menurut IDC, pada musim perayaan yang lalu, jualan iPhone buat pertama kali sejak 2015 lebih rendah berbanding Samsung.

Samsung mencatatkan jualan 70.4 juta peranti diikuti oleh Apple (68.4 juta), Huawei (60.5 juta), Oppo (29.2 juta) dan Xiaomi (28.6 juta). Merisaukan bagi Apple jualan mereka menyusut -11.5% berbanding suku yang sama tahun lalu. Samsung turut menyusut sebanyak -5.5%. Huawei pula mencatatkan peningkatan mendadak 43.9%. Secara keseluruhan jualan peranti pada suku yang lalu menyusut -4.9%.

Semalam laporan kewangan Apple telah diterbitkan dengan jualan Apple menyusut hampir 15%. Tim Cook sendiri mengakui harga iPhone yang mahal adalah faktor mengapa ini berlaku. Oleh itu Apple bercadang mengurangkan harga jualan pada beberapa pasaran tertentu bagi merangsang semula jualan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2FYJiyD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.