Hi! Welcome Back and Stay Tune! MSI Infinity X 9th Diperkenalkan – Komputer Gaming Paling Berkuasa Dengan Spesifikasi Mengancam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MSI Infinity X 9th Diperkenalkan – Komputer Gaming Paling Berkuasa Dengan Spesifikasi Mengancam

Dengan pelancaran CPU Intel generasi kesembilan dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX yang terbaru, MSI nampaknya secara senyap telah bekerja kuat untuk menghasilkan sebuah komputer desktop gaming yang hadir dengan spesifikasi yang sangat berkuasa.

Komputer tersebut dinamakan MSI Infinity X 9th, dan nombor kesembilan yang diperlihatkan pada model tersebut berkemungkinan besar merujuk kepada CPU Intel generasi kesembilan yang digunakan oleh komputer ini.

Dari segi spesifikasi dalaman, MSI Infinity X 9th ini dikuasakan oleh CPU Intel Core i9-9900K, memori DDR4 sehingga 64GB dan sokongan untuk storan SSD M.2, cakera keras dan juga memori Intel Optane.

Pilihan MSI untuk kad grafik pada komputer ini adalah kad grafik MSI GeForce RTX 2080 Ti Ventus yang hadir dengan rekaan kipas penyejuk yang berbeza dengan rekaan MSI sebelum ini.

Dari gambaran yang diperlihatkan, nampaknya CPU Intel Core i9 tersebut disejukkan oleh penyejuk cecair, manakala rangka komputer pula hadir dengan sokongan untuk sistem pencahayaan RGB Mystic Light.

MSI juga menyatakan bahawa pengguna boleh memilih untuk menggunakan panel tepi yang diperbuat daripada logam ataupun cermin terbaja bergantung kepada minat mereka.

Buat masa ini, MSI masih belum mengumumkan lagi bilakah mereka akan melancarkan komputer ini, mahupun harganya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2MG8z0Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.