Hi! Welcome Back and Stay Tune! Meizu Zero Kini Boleh Ditempah Melalui Indiegogo – Berharga Lebih RM5300 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Meizu Zero Kini Boleh Ditempah Melalui Indiegogo – Berharga Lebih RM5300

Minggu lepas, Meizu telah melancarkan telefon pintar nirport mereka – Meizu Zero. Ia adalah peranti mercu yang tidak mempunyai sebarang port sambungan, butang atau juga slot kad sim.

Peranti nirport yang dijana Snapdragon 845 ini pada awalnya kami fikirkan ia hanyalah konsep, kerana Meizu sendiri tidak kongsikan banyak maklumat mengenai peranti tersebut. Tetapi ia bukan lagi konsep, kerana Meizu Zero kini boleh ditempah di laman biayasama Indiegogo. Meizu dilihat menjual Meizu Zero pada harga $1299, iaitu sekitar RM5312.

Disebabkan telefon ini tidak mempunyai sebarang port, pengecasan dan pemindahan data perlu dilakukan secara nirwayar melalui pad pengecasan Super mCharge Wireless. Butang pula adalah secara virtual seakan HTC U12 Plus dan pembesar suara pula adalah teknologi dalam skrin melalui mSound 2.0.

Peranti ini dijual dengan kuantiti yang terhad, iaitu 100 unit. Setakat artikel ini ditulis, sebanyak 14 unit telah terjual. Apakah pendapat anda? Berbaloi atau tidak untuk memiliki peranti Meizu Zero ini?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2FXA9pX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.