iPhone 2019 Dilaporkan Akan Menggunakan Sistem Tri-Kamera Dengan Lensa Sudut Ultra Lebar
Ura-ura Apple akan melancarkan iPhone dengan sistem tri-kamera mula didengari sejak penghujung tahun lalu lengkap dengan sebuah imej pengolokan. Ramai mengatakan ini mungkin hanya spekulasi yang tidak akan menjadi realiti. Tetapi pagi ini Bloomberg melaporkan penggunaan tri-kamera ini akan berlaku pada iPhone 2019.
Sistem tri-kamera ini menggabungkan lensa biasa. lensa zoom optikal dan lensa sudut ultra-lebar. Hanya model gantikan kepada XS Max akan menggunakannya manakala model gantian XS dan XR akan hanya menggunakan sistem dwi-kamera. Turut dilaporkan Apple telahpun menguji rekaan iPhone tahun ini dengan port pengecasan USB-C. Ini adalah langkah yang telah lama dinantikan pengguna kerana membolehkan sebuah kabel digunakan untuk mengecas iPhone, iPad dan MacBook.
Di dalam laporan yang sama iPhone dan iPad turut dijangka menyertakan kamera TOF pada model 2020. Ini akan membolehkan iPhone menjadi peranti realiti terimbuh yang berkuasa. Setakat ini sistem TOF telah digunakan pada Asus Zenfone AR, Oppo R17 Pro dan Honor View20.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2TiSDUO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment