Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mengarahkan Pembangun Beberapa Aplikasi Popular Membuang Fungsi Merakam Skrin Pengguna - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mengarahkan Pembangun Beberapa Aplikasi Popular Membuang Fungsi Merakam Skrin Pengguna

Minggu lalu Facebook dan Google didapati menggunakan sistem ujian dalaman Apple untuk menggunakan fungsi yang mengakses keseluruhan sistem sesebuah telefon pintar. Akibatnya Facebook dan Google telah dihalang dari mengakses sistem ujian ini sementara. Terkini laporan Techcrunch mendapati beberapa aplikasi popular merakam skrin pengguna tanpa memberitahu mereka terlebih dahulu.

Sistem pemantauan skrin Glassbox boleh merakam bagaimana aplikasi digunakan, bahagian mana yang ditatal serta kekunci yang ditekan. Ia digunakan untuk menganalisa penggunaan aplikasi. Antara aplikasi yang menggunakan Glassbox ialah Abercrombie & Fitch, Hotels.com, ASingapore Airlines dan Expedia. Merakam penggunaan aplikasi tanpa memberitahu terlebih dahulu adalah melanggar garis panduan App Store.

Oleh sebab itu Apple kini mengarahkan pembangun aplikasi yang melanggar garis panduan ini untuk mengambil tindakan segera dalam masa sehari. Kegagalan untuk melakukannya akan menyebabkan aplikasi dibuang dari App Store.

Pihak Glassbox pula di dalam kenyataan menerusi laman MacRumors pula menegaskan sistem mereka tidak “mengintip” pengguna. Sebaliknya ia digunakan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dengan memperbaiki elemen aplikasi atau laman yang tidak mesra pengguna. Glassbox juga menegaskan merekan menghormati privasi pengguna dengan data tidak dikongsi dengan pihak ketiga. Malahan mereka memenuhi kehendak  SOC2 dan GDPR.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2I7O12W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.