Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS Presiden Hadi Awang Bayar Sarawak Report RM2 Juta Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS Presiden Hadi Awang Bayar Sarawak Report RM2 Juta Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah

Image result for kes hadi-sarawak report di London

Saman SR : Dedahkan Terma London

1. Maafkan saya kerana memberikan ulasan lanjut terhadap fiasco penarikan saman fitnah Presiden Pas yang berakhir dengan kredibiliti Pas semakin dipersoalkan. 

Bermakna, persetujuan penyelesaian itu nampaknya terdesak dan gagal melindungi maruah Pas yang menjadi tujuan saman itu dimulakan sedangkan peguam Pas sana dan sini adalah hebat belaka.

2. Sebolehnya, saya tidak ingin memanjangkan perbahasan saya dalam isu parti lain selagi tidak melibatkan kepentingan publik, sejauh kejujuran dan kebenaran dihormati.

Saya menulis selepas adanya fakta yang salah cuba diketengahkan dan sedikit sebanyak nama saya cuba diheretkan untuk melindungi kedudukan yang sebenar.

A. Kesahihan Audio Abduh Diakui

3. Semakan saya mendapati, rakaman audio seorang pimpinan kanan Pas berisi pengakuan adanya pimpinan Pas menerima wang dari Umno masih kekal dalam dokumen pembelaan Claire. 

4. Sarawak Report juga menegaskan ia masih mengguna pakai audio itu sebagai sebahagian pembelaan.

Sarawak Report maju selangkah lagi dengan menyiarkan kandungan penuh transkrip pengakuan itu. Antara lain, audio itu menyebut Pas menerima wang Umno termasuk dalam PRN Sarawak yang lalu, untuk tujuan kempen mengalahkan lawan BN.

5. Dengan megahnya tuan punya suara itu meletakkan perbuatan Umno memberikan wang kepada Pas sebagai ’Umno bodoh, Pas cerdik’. (Pada hal, jika Umno boleh mengubah hala perjuangan Pas dengan hanya beberapa jumlah wang yang boleh dibilang, saya agak Umno tidak merasai dirinya bodoh dan sememangnya parti yang terjual itulah kurang cerdik kerana termakan gula-gula itu).

6. Untuk berlaku adil, sudah tentu tidak semua pimpinan Pas ada menerimanya dan saya percaya, ramai dari mereka tidak pun mengetahui ianya ada berlaku. Bahkan, tidak percaya ia berlaku dan boleh berlaku, tanpa perasaan ingin menyiasat untuk mencari kebenaran.

Semua petanda wujudnya gejala itu, bagi kumpulan ini, dianggap remeh, atau lebih buruk, ‘fitnah’. Habis cerita.

7. Berdasarkan dokumen, ada tambahan info terbaharu. Ini diperkuat oleh dakwaan terbaru Sarawak Report, kesahihan audio itu diakui sendiri oleh Presiden Pas melalui afidavit balasnya.

Dakwaan Sarawak Report ini belum dinafikan oleh mana-mana pemimpin Pas termasuk peguam-peguam handal parti itu yang menasihatkan Presiden Pas segala-galanya dari awal sampai akhir.

Mengikut Claire, dalam tulisan selepas 1 Februari, Presiden Pas selaku plaintif hanya memberikan penjelasan apa maksud sebenar tuan punya suara rakaman itu. Identiti suara itu tidak langsung dipertikaikan.

8. Yang penting di sini, itu adalah suara Abduh yang sebenar.

9. Bila Presiden Pas sudah mengesahkan melalui afidavit beliau sendiri itu suara Abduh, apakah yang menyukarkan Pas untuk menyiasat Abduh tentang itu?

Demi untuk kebaikan Pas dan menunjukkan Pas lebih mementingkan integriti perjuangan Islamnya dari orang. Lagi pun, tentulah Pas percaya Abduh bukan Pas dan Pas bukan Abduh.

10. Bahkan, pihak berkenaan yang ingin menjalankan siasatan perlu mendengar keterangan Abduh, siapakah pemimpin atau ejen atau wakil Umno yang telah menyampaikan wang itu? Jumlahnya? Dan yang lain berkaitan.

11. Abduh pula, ketika sinar matahari telah membuktikan kedudukan yang sebenar dan sesiapa yang mengenali Abduh arif itu adalah suara beliau, inilah masa untuk menunjukkan keberanian supaya kata-katanya ‘Ana tau!!’ tidak dipermainkan.

12. Jika contoh Islam hendak diambil kira, Pas tentu sangat arif bahwa kebenaran perlu ditegakkan tanpa mengira bulu, dekat atau jauh.

13. ‘Ana Tau !!’ adalah menunjukkan keyakinan tinggi dan pengetahuannya adalah berstatus ’first hand’. Tidak mungkin orang sehebat Abduh akan menukar menjadi ‘Ana Tak Tau!’.

B. Claire Dibayar RM 2 juta?

14. Dalam dimensi lain, RPK pula dalam satu komunikasi media sosialnya telah mengandaikan Claire tidak mungkin bersetuju dengan penarikan saman itu jika sekiranya plaintif/Presiden Pas tidak membayar kos guamannya sebanyak RM 2 juta atau percaya beliau boleh kalah dalam saman berkenaan.

15. Ini adalah fakta atau unsur baru dalam isu ini.

16. Adakah benar Presiden Pas membayar Claire RM 2 juta untuk penyelesaian itu? Atau bagaimana?

17. Saya tidak ingin membuat kesimpulan. Tetapi untuk memudahkan semua perkara dan mengelakkan maniupulasi berterusan, saya cadangkan terma penyelesaian luar mahkamah itu didedahkan kepada umum.

18. Sesetengah pemimpin Pas akan nanti memberi alasan, ianya telah dipersetujui bersama sebagai sulit dan tidak boleh disiarkan.

19. Hujah balas saya pula ialah, ia masih boleh dilakukan dengan persetujuan bersama kedua pihak. Tidak ada masalah.

20. Caranya mudah sahaja. Pas menulis kepada Claire untuk mendapat persetujuan beliau. Jika Claire enggan, dedahkan kepada umum keengganan Claire itu. 

21. Dengan cara itu, menunjukkan Pas telus dan bersikap akauntable kepada ahli dan rakyat Malaysia.

22. Saya pula yakin, tidak ada sebab untuk Claire menolak. Lagi pun, sejak penyelesaian itu dimeterai di mahkamah London pada 1 Februari, kedua pihak telah membuat ulasan masing-masing, sebahagiannya kita dapati cuba mengelirukan dan tidak selari dengan fakta.

c. Siasatan SPRM

23. Serentak itu, sedang viral tulisan yang mengaku mereka ahli Pas dan turut hadhir dalam perjumpaan ‘Ana Tau !!’. 

Saya tidak ingin memberikan sebarang komen.

24. Namun, dalam keadaan terdesak mungkin, ada pula yang memuatkan mesej ada satu perhimpunan untuk membuat laporan SPRM di Putrajaya Juma’at ini dan saya akan mengetuai laporan itu.

25. Mesej palsu ini, jika tujuannya untuk melindungi Pas atau apa-apa jua tujuan lain, tidak akan berkesan.

26. Laporan kepada SPRM, antaranya dibuat oleh Rafizi, wujud sejak 2017 lagi. SPRM tidak patut lupa terhadap laporan asal itu, walau pun untuk sekian masa kebelakangan ini begitu terbeban dengan tugas siasatan yang begitu banyak.

27. Tetapi itu zaman Bossku. (Boss Apa Muka Tak Malu - maaf ). Boleh ditanya Bossku tersebut sama ada siasatan ada dibuat atau tidak dan jika tidak dibuat, apakah sebabnya.

28. Dalam laporan Rafizi, antara lain secara spesifik menyebut nama seseorang. Orang itu kemudian membuat kenyataan menafikan penglibatannya dan berjanji akan menyaman Rafizi. 

29. Bila janji nak saman tetapi tidak menyaman, itu antara lain menambahkan lagi kesangsian. Masyarakat tidak lupa janji itu dan sekarang sudah tahun 2019 sejak kenyataan itu dibuat pada tahun 2017. 

30. Pas pula membawa hujah, pemimpin itu telah menjadi bekas pemimpin.

31. Yang penting di sini adakah beliau menjadi ‘conduit’ atau tidak. Manjadi penghubung atau tidak. Terserah kepada SPRM meletakkan lampu suluhnya ke atas semua sudut dan kesemua figure secara adil dan telus.

32. Semua pihak harus memberikan kerjasama terhadap siasatan ini. 

33. Pas melalui Naib Presidennya telah pun menyatakan kesediaan. 

Tentulah tidak wajar saya tidak ikut memberikan kerjasama, setakat mana maklumat yang ada pada saya.

34. Skop penyiasatan mestilah luas. Kebanyakan transaksi adalah tunai tetapi SPRM sudah tentu ada caranya untuk mengesan ‘bekas’ dan ‘denai duit/money trail’.

Punca dari mana wang berkenaan. Tiada siapa pernah menyatakan wang yang disalurkan hanya bersumber dari 1MDB.

34. Ini semua boleh berlaku dengan pertukaran kerajaan dari bekas Bossku. Pergantian musim menzahirkan suasana yang berbeza.

35. Kepada Allah kembali semua urusan. Semoga Allah sentiasa memandu kita semua.

Husam Musa
Naib Presiden Parti Amanah Negara,
7 Februari 2019


-Bloglist Malaysia


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Bu8Mjn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.