Ciri Smart Download Kini Boleh Digunakan Pada Aplikasi Netflix iOS
Netflix memperkenalkan ciri Smart Download pada mulanya untuk aplikasi Android mereka yang membolehkan pengguna memuat-turun dan membuang episod-episod untuk siri televisyen dan filem yang sudah ditonton.
Menurut Netflix, ciri Smart Download ini hanya akan berfungsi apabila peranti iPhone anda disambungkan kepada rangkaian WiFi, dimana ia akan membuang episod yang sudah ditonton, dan akan memuat turun episod seterusnya secara automatik. Ciri ini tidak akan diaktifkan jika anda hanya bersambung ke rangkaian data mudah alih.
Ciri tersebut nampaknya baru sahaja hadir untuk aplikasi Netflix pada platform iOS, dan boleh diaktifkan atau dimatikan pada bahagian Downloads aplikasi Netflix. Ciri Smart Downloads ini satu cara untuk menjimatkan masa memuat turun episod dan juga storan peranti mudah alih anda jika ia tidak mempunyai jumlah storan yang banyak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Sf9awF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment