Cara Sebenar Bersihkan Jeans Tanpa Perlu Cuci, Ibu Mesti Senyum Bila Dah Tahu
Sebelum ini sudah ada banyak perbincangan tentang bila sebenarnya kita kena basuh seluar jeans. Selepas dua kali pakai atau 4 kali? Ada yang kata lepas 90 kali, baru basuh!
Jika sebelum ini kami ada berkongsi info tentang seberapa kerap harus korang cuci seluar jeans yang ada, kini kami ingin memberitahu bagaimana pula cara membersihkan jeans, sama ada ia tidak perlu dicuci atau apakah bahan yang sesuai untuk mencuci material ini.
Menurut CEO jenama jeans terkemuka, Levis, Charles V. Bergh mengatakan bahawa ia tidak mencadangkan untuk jeans tersebut di cuci dengan mesin basuh. Selain daripada boleh merosakkan seluar, teknik cucian ini juga dilihat sebagai satu pembaziran air.
“Rata-rata seluar jeans yang dicuci dengan mesin basuh memerlukan 3.5 liter air untuk pencucian seminggu sekali selama tempoh dua tahun. Separuh daripada jumlah air yang digunakan, jumlahnya setara dengan 6700 gelas air,” kata Bergh.
Selepas sekali pakai, jeans anda akan dilitupi dengan mikrob seperti bakteria, sel kulit, minyak badan asli serta kotoran atau habuk dari persekitaran anda. Kalau anda duduk di atas permukaan kotor, gerenti kotoran itu akan melekat. Kebanyakan mikrob ini tak merbahaya, jadi tak membasuh jeans anda takkan membahayakan kesihatan.
Tapi isunya sekarang ialah bau. Takkanlah anda tak nak basuh kalau jeans anda dah berbau tengik? Chip dan syarikat pakaian denim lain mengesyorkan untuk meletakkan jeans di dalam freezer, kerana bakteria dipercayai tidak boleh hidup di dalam suhu sejuk beku.
Malangnya freezer di rumah anda tak cukup kuat untuk membunuh bakteria di jeans anda, dan ia semestinya takkan dapat menghilangkan kesan minyak dan sel kulit mati yang terperangkap di celah-celah seluar anda.
Chip berkata dia hanya mencuci jeansnya dengan tangan, tapi teknik ini tak cukup untuk betul-betul menyingkirkan kotoran pada permukaannya. Seluar jeans bukannya macam pakaian dalaman lembut dan delicate yang anda tak boleh cuci dalam mesin basuh. Kena gosok kuat-kuat baru bersih. Jadi setelah menilai semua point-point di atas, anda rasa berapa kerap perlu anda cuci jeans anda?
Kalau anda pentingkan kebersihan, cucilah bila anda rasa perlu. Tapi betul juga kata Chip. Lagi kerap anda cuci, lagi cepat warna kain denim anda akan luntur. Tak apa, jeans lusuh pun masih cantik. Kalau anda risau warnanya akan turun, terbalikkan seluar anda, baru cuci. Kalau anda sayangkan kualiti jeans anda, cuci apabila ia dah mula berbau. Tapi kalau air kopi tertumpah ke atas kain denim itu, janganlah biarkan je!
Namun begitu, jika tidak dicuci selama berbulan-bulan, jeans tersebut boleh menimbulkan bau yang tidak enak dan mengundang pengumpulan bakteria. Jadi, apa kata selepas ini korang cuba tiga cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan bahan jeans tanpa perlu menggunakan mesin basuh atau dicuci dengan tangan.
1. Gunakan cuka
Tidak hanya digunakan sebagai pelengkap masakan, cuka juga boleh dijadikan sebagai detergen untuk material jeans. Letakkan satu sudu cuka ke dalam air dingin dan rendam jeans selama setengah jam.Berbeza dengan sabun yang akan membuatkan warna asal jeans pudar, penggunaan cuka dapat membersihkan seluar dan mengekalkan warnanya. Jangan risau akan bau yang kurang enak itu sebab selepas jeans tersebut kering, bau itu akan hilang.
2. Wap air
Jangan pernah mencuci jeans dengan menggunakan air panas kerana ia dapat membuatkan material ini mengecut. Sebaiknya, gunakan wap air. Jika menggunakan water heater, gantungkan seluar atau jaket jeans di ruangan kamar mandi sehingga wap airnya terserap pada material tersebut. Cara ini akan membuatkan pakaian korang kekal segar.
3. Gantung di tempat berangin
Suhu yang tinggi dapat menjadikan jeans mengecut dan kerana itu adalah sangat tidak digalakkan untuk korang mengeringkan cucian jeans pada mesin pengering. Sebaliknya, cuba gantungkan jeans tersebut di tempat yang tidak terkena cahaya matahari dan cari tempat yang berangin, contohnya gantung di hadapan atau bawah kipas angin.Selamat mencuba!
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NnUPrY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment