Oppo Akan Hadir Dengan Telefon Pintar Menyertakan Sokongan Zoom Nirhilang 10x Pada Suku Kedua 2019
Oppo hari ini telah mengadakan sebuah acara media khas bersempena MWC 2019, dimana mereka mempertontonkan beberapa teknologi baru. Salah satu yang menjadi fokus ketika pengenalan adalah sokongan zoom nirhilang sehingga 10x pada telefon pintar.
Untuk menjayakan perkara ini, Oppo menggunakan kamera tri-lensa yang mengabungkan sensor 48-megapixel untuk rakaman gambar resolusi tinggi, lensa sudut ultra-luas 120-darjah, dan juga lensa telefoto. Ketiga-tiga lensa ini mengabungkan jarak fokal antara 16mm hingga 160mm, sekaligus membolehkan kamera berkenaan merakamkan gambar zoom nirhilang sehingga 10x.
Oppo turut menggunakan rekaan modul periskop dalam membolehkan ketebalan lensa kamera dikurangkan dan tidak begitu tebal. Oppo turut mengatakan mereka menyertakan sokongan penstabilan imej optikal pada kamera utama dan juga pada lensa telefoto – sekaligus membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan jelas walaupun ketika memegangnya menggunakan tangan dan menggunakan sokongan zoom 10x.
Berbeza dengan sebelum ini yang sekadar mempertontonkan teknologi sahaja, pada kali ini Oppo mengatakan teknologi ini telah bersedia untuk dipasarkan. Oppo bakal memperkenalkan telefon pintar dengan sokongan kamera zoom nirhilang 10x ini pada suku kedua 2019 kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GZ5qIP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment