Samsung Bakal Memperkenalkan Siri Galaxy A Baru Dengan Rekaan Skrin Bertakuk, Sehingga Tri-Kamera Belakang
Samsung India kini telah hadir dengan video acah untuk pengenalan siri Galaxy A baru tidak lama lagi. Melalui halaman rasmi pihak Samsung India, mereka memperlihatkan yang mana sebanyak tiga telefon pintar bakal diperkenalkan dibawah siri Galaxy A.
Halaman promosi yang disediakan Samsung India juga dilihat memfokuskan kepada dua perkara utama melalui telefon pintar ini, iaitu sokongan kamera belakang, selain kebolehan pengecasan pintar.
Melalui gambar peranti yang dipertontonkan, Samsung menunjukkan yang mana mereka akan memperkenalkan tiga peranti dengan rekaan skrin bertakuk kecil, selain penggunaan kamera belakang satu, dua dan tiga – berbeza mengikut model peranti.
Kehadiran ini juga selari dengan ketirisan sebelum ini mengatakan Samsung akan hadir dengan telefon pintar Galaxy A10, Galaxy A30 dan juga Galaxy A50.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan telefon pintar dibawah siri Galaxy A 2019 ini tidak lama lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2E4h8Pd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment