Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telefon Pintar 5G Pertama Daripada Oppo Akan Dijana Snapdragon 855 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telefon Pintar 5G Pertama Daripada Oppo Akan Dijana Snapdragon 855

Pada tahun ini, ia menyaksikan perlumbaan pelbagai pengeluar untuk memperkenalkan peranti 5G masing-masing. Pihak Oppo turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan hari ini yang mana mereka akan hadir dengan telefon pintar 5G mereka, dan ia akan dijana menggunakan cip Snapdragon 855.

Untuk sokongan modem 5G pula, ia dijangka menggunakan modem Qualcomm Snapdragon X50 bersama-sama dengannya.

Oppo mengatakan mereka telah sedia melabur dalam pembangunan teknologi 5G sejak daripada tahun 2015 yang lepas. Ini termasuk dalam rekaan peranti dan teknologi pada peranti dalam menyokong teknologi rangkaian baru ini.

Oppo menekankan yang mana sokongan rangkaian 5G akan memudahkan pelbagai perkara dan membawa kepada kaedah interaksi baru. Ini termasuk dalam kemudahan penstriman daripada awan, dan sebagainya.

Oppo 5G

Oppo tidak mengumumkan lagi bilakah peranti pertama menggunakan teknologi ini akan hadir. Berkemungkinan kita boleh melihat ia diumumkan bersama peranti dengan sokongan zoom nirhilang 10x pada suku kedua 2019 kelak.

Pada pengumuman ini juga, Oppo turut mengumumkan rakan kerjasama mereka untuk menjayakan penawaran 5G ini, termasuk pihak Singtel dari Singapura.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Eb8vma

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.