Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telefon Pintar Dijana Modem 5G Daripada Intel Tidak Akan Hadir Sehingga 2020 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telefon Pintar Dijana Modem 5G Daripada Intel Tidak Akan Hadir Sehingga 2020

Walaupun penawaran rangkaian 5G masih terhad dibeberapa kawasan di Bumi sahaja buat masa ini, namun, ia tidak menghentikan pelbagai syarikat teknologi berlumba untuk memperluaskan penawarannya. Buat masa ini, pihak Qualcomm telah menawarkan modem 5G untuk pengeluar peranti mudah-alih, selain Huawei yang turut mempunyai penawaran modem 5G mereka tersendiri.

Bercakap mengenainya, kini pihak Intel dilaporkan mengatakan telefon pintar menggunakan modem 5G daripada Intel tidak akan dipasarkan sehingga 2020 kelak. Intel mengatakan akan menawarkan modem 5G mereka untuk tujuan pembangunan kepada pelanggan mereka pada tahun ini, tetapi ia dijangka akan hadir pada produk untuk pengguna hanya seawal 2020 sahaja.

Pengumuman ini juga sekaligus memperlihatkan yang mana iPhone menggunakan sokongan 5G mungkin tidak akan hadir pada tahun 2019 ini – memandangkan Apple menggunakan modem Intel pada peranti mereka. Namun, masih terdapat kemungkinan pihak Apple menggunakan modem pihak lain seperti MediaTek ataupun daripada Samsung.

Walaubagaimanapun, hal ini mungkin tidak menjejaskan perancangan Intel untuk menawarkan sejumlah komputer riba dengan sokongan 5G pada tahun 2019 ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2EpiFk7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.