Hi! Welcome Back and Stay Tune! HONOR 10 Lite – Telefon Pintar Dengan Fungsi Menarik Pada Harga Bawah RM800 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HONOR 10 Lite – Telefon Pintar Dengan Fungsi Menarik Pada Harga Bawah RM800

Honor merupakan sebuah sub-jenama daripada Huawei yang mengeluarkan telefon pintar dengan spesifikasi terkini selain menawarkan harga jualan yang mampu milik. Sebelum ini, Honor hadir dengan telefon pintar Honor 10 yang telah dilancarkan pada Ogos lalu dimana ia merupakan sebuah telefon pintar dengan sokongan permua kepada pengguna.

Pada November pula, Honor Malaysia secara rasminya telah melancarkan Honor 10 Lite. Telefon pintar ini memfokuskan penggunaan sistem operasi terbaru iaitu Android Pie 9.0 dengan beberapa penambaikkan fungsi menarik dari segi teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Honor 10 Lite turut menampilkan rekaan bertakuk kecil pada skrin, selain membawakan keupayaan kamera yang ditambah baik dan menyokong penggunaan dwi-sim nano. Bagi anda yang sedang mencari cari sebuah telefon pintar yang dijual pada harga bajet, ini adalah sebab mengapa Honor 10 Lite perlu diletakkan dalam senarai pilihan anda.

1) Rekaannya Yang Cantik Dengan Efek Warna Cerun

Honor 10 Lite ini dibina dengan rekaan skrin sebesar 6.21 inci dengan panel IPS LCD dengan resolusi FHD+. Seperti telefon pintar Honor yang lain, peranti ini turut membawakan rekaan yang mengikut peredaran terkini, dimana pada bahagian atas skrin telefon pintar ini telah diletakkan satu takuk kecil padanya. Dari segi paparan skrin, ia juga kelihatan agak luas dimana saiznya membawakan nisbah skrin ke badan 19.5:9 pada kadar 90%. Dengan rekaan skrin ini, ia membolehkan anda untuk menikmati paparan yang lebih luas dan mendalam.

Bagi rekaan pada kerangkanya pula, Honor kali ini tampil dengan efek warna cerun yang pelbagai bagi memberikan impak elegan pada peranti. Telefon pintar Honor 10 Lite hadir dengan beberapa pilihan warna cerun yang  eksklusif. Pilihan warna yang telah diperkenalkan termasuklah Sky Blue, Shiny Red, Sapphire Blue dan Midnight Black.

2) Keupayaan Kamera Yang Cukup Baik Dan Bersesuaian Dengan Harga Jualan

Honor 10 Lite ini dilengkapi dengan keupayaan kamera yang cukup baik dimana kamera swafotonya dibina dengan sensor kamera 24MP, manakala dwi-kamera belakangnya pula menggabungkan sensor 13MP bersama 2MP.

Kamera swafoto Honor 10 Lite ini juga menyokong untuk membuat pengecaman objek berasaskan teknologi AI yang dapat membezakan lebih daripada 200 senario daripada 8 kategori penggambaran. Bagi sokongan kamera utamanya pula, telefon pintar ini dilengkapi dengan dwi kamera yang menggabungkan sensor 13MP bersama 2MP dengan bukaan aperture f/1.8 da f/2.4. Kamera utama peranti ini juga disokong oleh teknologi AI yang dapat membuat pengecaman objek lebih daripada 500 senario daripada 22 kategori.

Kamera swafoto telefon pintar ini juga dibina dengan teknologi 4-dalam-1 light fusion yang membolehkan anda mendapatkan hasil penggambaran yang cantik walaupun berada di persekitaran yang bercahaya malap. Selain itu, teknologi HDR yang turut terbina pada telefon pintar ini juga dapat membantu kelancaran sewaktu penggambaran sekaligus menjadikan hasil tangkapan imej lebih baik. Teknologi HDR ini berfungsi untuk menstabilkan sumber cahaya dalam gambar agar tidak menjadi gelap sekiranya anda berada di kawasan yang terlebih cahaya.

Antara fungsi lain yang menarik pada kamera swafoto telefon pintar ini adalah, anda dapat membuat pelarasan secara automatik berdasarkan jantina, tona kulit dan umur seseorang individu agar dapat memastikan hasil gambar yang diambil adalah yang terbaik daripada segala sudut. Fungsi kecantikan pada kamera swafoto ini juga membolehkan anda untuk menghasilkan gambar dengan melaraskan pelansingan muka, menghilangkan kesan minyak pada muka, membesarkan mata dan menghilangkan kesan hitam dibawah mata.

3) Dilengkapi Dengan Antaramuka Terkini EMUI 9.0

Honor 10 Lite membawakan antaramuka yang sama digunakan pada peranti Huawei terkini, iaitu antaramuka EMUI 9.0 yang dibina berasaskan Android 9.1 Pie. Bagi sistem perisian baru EMUI 9.0 ini, ia telah dioptimumkan dimana telah berlaku peningkatan prestasi hampir 30%, selain masa pelancaran aplikasi disingkatkan sebanyak 12.9%. Hal ini sudah pasti memberikan impak penggunaan yang cukup baik kepada pengguna Honor 10 Lite.

Beberapa fungsi menarik dapat dilihat pada telefon pintar Honor 10 Lite ini, termasuklah penggunaan HiVision pada sistem operasi yang membantu anda dalam merancang dan mengendali perjalanan, membantu mengurus pembelian dan menterjemah bahasa dengan mudah menerusi Realiti Terimbuh (Augmented Reality). Jika dibandingkan dengan antaramuka sebelum ini, EMUI 9.0 lebih mesra pengguna yang mana pengunaan operasi HiVision menjadikan AI yang terbina pada peranti ini lebih mudah untuk diakses.

Menarik mengenai fungsi HiVision, ia hadir dengan teknologi Kecerdasan Buatan aras tinggi yang terbina pada peranti. Menerusinya, anda boleh mengetahui maklumat mengenai mercu tanda di sesebuah tempat atau karya seni terkenal di beberapa bandar diseluruh dunia.

Selain AI yang terdapat pada kamera peranti, HiVision turut boleh berfungsi sebagai pembantu membeli-belah peribadi. Anda boleh mengaktifkan AR Shopping pada telefon pintar Honor 10 Lite ini dimana anda hanya perlu mengimbas barang atau produk yang dikehendaki, kemudian HiVision akan membawa anda terus ke beberapa platform e-dagang yang mempunyai produk yang serupa. Bukan itu sahaja, HiVision mampu mengenal pasti lebih daripada 10 bahasa dan menterjemahkan teks atau gambar ke dalam bahasa yang dikehendaki. Oleh itu, menerusi fungsi menarik yang terdapat pada EMUI 9.0 ini, ia mampu meningkatkan pengalaman pengguna sekaligus membantu anda dalam melakukan aktiviti luar dengan baik.

4) Menerima Sokongan Untuk Berkomunikasi Dengan Bantuan AI

Dari segi prestasi komunikasi pula, telefon pintar ini dibina dengan kualiti panggilan yang baik tidak kira dalam apa jua persekitaran. Menerusi teknologi komunikasi mudah alih dengan bantuan AI, anda boleh merasai peningkatan kualiti komunikasi semasa membuat panggilan ke mana-mana rangkaian di seluruh persekitaran dengan selesa dan mudah.

Selain itu, peranti Honor 10 Lite turut dilengkapi dengan Elevator Mode yang akan memastikan kelancaran ketika melayari Internet, menonton siaran langsung serta meningkatkan prestasi pengalaman penstriman video semasa anda di dalam lif atau perjalanan keluar dari pejabat. Dengan penggunaan teknologi ini, anda tidak perlu risau lagi apabila menerima atau membuat panggilan, membaca emel atau melayari sosial media di mana-mana jua kawasan tanpa sebarang masalah.

5) Spesifikasi Yang Baik Dan Berbaloi Dengan Harga Yang Ditawarkan

Honor 10 Lite ini menggunakan cip HiSilicon Kirin 710. Ia membawakan cip lapan teras dengan dua kluster berbeza, menerusi 4 x Cortex-A73 2.2 GHz untuk kegunaan berkuasa, dan 4 x Cortex-A53 1.7 GHz untuk kegunaan biasa secara efisien. Dengan menampilkan GPU empat-teras utama A73 pada telefon pintar ini juga, ia mampu mengurangkan penggunaan kuasa keseluruhan sekaligus memberikan prestasi yang lebih lancar berbanding keluaran Honor sebelum ini.

Honor 10 Lite ini juga dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding Honor 10, iaitu sebesar 3400 mAh. Dengan binaan 12nm pada cip Kirin 710 ini, ia dilihat mampu memberi masa penggunaan peranti yang agak panjang menerusi binaan cip yang efisien. Dengan kapasiti 3400 mAh, Honor 10 Lite mampu mencatatkan masa Screen-on-Time (SoT) yang agak baik. Melalui pengecas 10W manerusi port mikroUSB, peranti ini dapat dicas sekitar 2 jam 26 minit bermula daripada 0% hingga 100%.

Honor 10 Lite ini ditawarkan dengan memori 3GB RAM bersama dua pilihan storan, iaitu 32GB dan 64GB yang mana storan ini boleh diperluaskan sehingga 512GB. Menerusi penawaran ini , ia sekaligus menjadikan Honor 10 Lite merupakan peranti dengan spesifikasi baik yang menawarkan harga yang mampu milik.


Penutup

Kesimpulannya, jika anda ingin mencari sebuah telefon pintar pada harga yang sangat mampu milik, Honor 10 Lite ini antara telefon pintar yang anda perlu masukkan kedalam senarai pilihan anda. Hal ini adalah kerana, telefon pintar ini membawakan rekaan yang sangat cantik dengan efek warna cerun, pelbagai fungsi menarik untuk peranti dan kamera, dan spesifikasi yang cukup baik untuk sebuah peranti pada harga bawah RM800.

Telefon pintar Honor 10 Lite ini telah dibawa masuk secara rasmi pada November lalu ke pasaran Malaysia. Ia merupakan peranti dengan spesifikasi kelas pertengahan dengan skrin bertakuk kecil dan dijana dengan cip pemproses Kirin 710. Peranti ini hadir dengan memori 3GB RAM dan pilihan storan sebesar 32GB atau 6GB RAM. Kedua-dua variasi telefon pintar Honor 10 Lite ini dijual dengan tanda harga RM749 dan RM799. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya melalui laman rasmi Honor atau pengedar pengedar rasmi mereka.

Beli : Honor 10 Lite Melalui Laman Rasmi Honor

Penafian: Advertorial Dari Honor Malaysia



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2TRIvm6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.