Hi! Welcome Back and Stay Tune! Robot Digunakan Di Jepun Untuk Memperkenalkan Diri Bagi Mencari Kekasih - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Robot Digunakan Di Jepun Untuk Memperkenalkan Diri Bagi Mencari Kekasih

Mencari pasangan hidup sekarang adalah semakin sukar kerana harapan yang terlalu tinggi diletakkan. Tahun lalu di Jepun, kadar kelahiran adalah yang terendah sejak 1899. Sebanyak 921,000 bayi dilahirkan tetapi terdapat 1.37 juta kematian direkodkan. Antara sebab utama ialah golongan muda yang menghadapi masalah berbual dengan insan berlainan jantina. Untuk menyelesaikan masalah ini, robot telah digunakan.

Di Minato, sebuah bandar di wilayah Tokyo robot telah digunakan untuk memperkenalkan 28 peserta di dalam acara mencari jodoh. Peserta perlu menjawab 45 soalan yang diberikan terlebih dahulu mengenai latar belakang mereka. Selepas itu robot mengumpul data dan melakukan pengenalan diri selama tiga minit bagi pihak manusia kepada peserta lain. Peserta turut boleh bertanyakan soalan mengenai insan di depan mereka dan robot akan memberikan jawapan berdasarkan data yang tersimpan.

Robot sebagai ganti diri menyelesaikan masalah peserta yang kelu lidah apabila berhadapan individu berlainan jantina. Ini mungkin kerana sifat pemalu atau kurang keyakinan diri. Pihak Contents innovation Program (CiP) Association yang menganjurkan acara ini berkata empat pasangan berjaya ditemukan menggunakan robot.

Kami yakin pasti ada pembaca Amanz yang juga segan untuk berbual dengan individu berlainan jantina sehingga tidak mempunyai pasangan. Adakah anda terbuka kepada penggunaan robot bagi memudahkan proses mencari kekasih?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2TRjJCC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.