Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Mi 9 Disahkan Menyertakan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin, Dijana Snapdragon 855 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Mi 9 Disahkan Menyertakan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin, Dijana Snapdragon 855

Xiaomi pada minggu ini telah mengumumkan perancangan mereka untuk melancarkan Mi 9 pada minggu hadapan, sehari sebelum Galaxy S10. Selari dengannya juga, Xiaomi telah berkongsi beberapa gambar rekaan belakang peranti tersebut.

Kini, selain daripadanya, Xiaomi turut berkongsi gambar baru yang mengesahkan Xiaomi Mi 9 akan dijana dengan pengimbas cap hari pada bahagian skrin. Selain itu, ia juga menawarkan rekaan bingkai yang kecil pada bahagian bawah, dan tiada sebarang bicu audio 3.5mm pada bahagian bawah peranti.

Xiaomi Mi 9

Xiaomi juga hari ini turut berkongsi beberapa gambar, mengesahkan yang mana Xiaomi Mi 9 ini akan dijana dengan cip Snapdragon 855 dan menawarkan skor prestasi yang sangat berkuasa. Ini juga mungkin menjadikan Xiaomi sebagai antara pengeluar terawal dengan penawaran peranti berasaskan cip tersebut.

Xiaomi Mi 9

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 20 Februari 2019 ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh pihak Xiaomi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UZNMZa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.