Trick Jimat Susun Kasut Bersepah, Cuma Guna Shoe Slot RM2.10 Sahaja
Kasut bersepah itu memang semakkan pandangan. Rasa sakit hati tu makin bertambah bila tengok kasut dalam rak pun sama berterabur. Tepuk dahi dibuatnya. Macam mana nak susuh kasut bersepah dalam rak bagi cantik. Macam Puan Maryam Salleh ini, awalnya dia panggil ‘orang buat kabinet’.
Tapi sekali tengok harga nak buat rak kasut built in saja, total kosnya dah cecah RM2500. Lagilah tepuk dahi.
Ini Cerita Kasut Bersepah Dalam Rak
“Haish! Bersepah-sepah kasut dalam rumah ini. Dah kena beli almari lagi ke? Kalau tambah almari tak ada space pulak. “Baru je tu hari kasi mak satu almari kasut Jati. Takkan aku nak beli lagi.” Omong saya sendiri sambil garu-garu kepala.
Ambil fon terus whatsapp orang kabinet suruh datang buat almari kasut built in hari ini juga. Maka, datanglah brader kabinet. Tercungap-cungap ke rumah saya.
“Boss saya nak buat almari kasut built in dari bawah ini sampai syiling atas. Kasut banyak tak muat almari ini.” Brader tu pun ukur panjang, ukur lebar space yang ada. Lepas siap ukur dan kira, total RM2500 siap pasang. “Mak aii sampai beribu bos?” Terus hilang nafsu nak buat.
“Takpelah bos bajet kurang hado nak buat. Ingatkan bawah RM1000. Ni hampir RM3000, nampaknya saya kena menabung dulu lah ya. Cukup duit nanti saya roger bos!” Brader tu pun balik dengan perasaan hampa.
Inilah shoe slot kedai eco. Cuma RM2.10 satu
Rupanya Macam Ini Cara Jimatkan RM2500 Bina Almari Built In Rak Kasut
“Nak jadikan cerita, saya ternampak shoe slot ni kat kedai Eco tu hari. Jadi saya cuba beli 7 pcs. Balik rumah susun kasut.”
Wah! Nampak kemas dan boleh letak banyak kasut sebab jimat kan space. Maka bermulalah ulang-alik pegi kedai Eco semata-mata nak penuhkan ruang yang hado itu. Kau taulah Eco barang cepat habis. Sekali pegi dapat beli 10 pcs sebab tu jer stok yang ado. Tiga kali pegi baru dapat semua tu.
Total tak sampai RM100 pun dah kemas tersusun indah kasut-kasut . Jimat duit, kalau tak beriban melayang terbang ikut nafsu semua nak built in. Apa macam korang ? Okey ke idok?
Ikut Panduan Susun Shoe Slot Agar Kemas Teratur
Susun macam ini. Boleh buat banyak kasut. Sebelum itu bertindan.
Organizer biru itu pun beli di kedai eco, harga RM2.10
Dalam organizer boleh letak kasut anak; Tina, Sara, Gegerl. Boleh juga masukkan stokin siap-siap.
Letak perfume ni sekali kasi wangi bila buka almari kasut. RM2.10 juga.
Pandangan penuh rak kasut. Tak lagi bersepah, jadi kemas dan tersusun indah. Nak cari kasut pakai harian pun mudah.
Sumber/Foto : Maryam Salleh
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2GwuxmP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment