Xiaomi Mi 9 Akan Hadir Dengan Variasi ‘Transparent Edition’ – RAM Sehingga 12GB
Sejak beberapa hari ini, Xiaomi dilihat kerap mengacah sedikit demi sedikit mengenai Xiaomi Mi 9. Xiaomi Mi 9 akan hadir dengan pengimbas cap jari bawah skrin, dijana Snapdragon 855, mempunyai tri-kamera gabungan lensa 48-Megapixel + lensa sudut lebar, dan juga menggunakan skrin AMOLED daripada Samsung.
Kita sudah tahu yang Mi 9 turut akan hadir dengan versi Explorer Edition seperti Mi 8. Di mana peranti ini akan hadir dengan spesifikasi yang sedikit lebih tinggi serta mempunyai panel belakang yang lutsinar serta menggunakan catur kamera. Tetapi, Lei Jun baru-baru ini telah mengacah Xiaomi Mi 9 Transparent Edition. Satu variasi baru seakan Explorer Edition, tetapi hanya mempunyai tri-kamera seperti Mi 9 biasa. Mi 9 Transparent Edition akan menggunakan lensa 48 Megapixel 7P f/1.47 tidak seperti Mi 9 yang menggunakan lensa 6P f/1.75.
RAM pada Xiaomi Mi 9 Transparent Edition pula adalah sehingga 12GB RAM. Panel belakang lutsinar Mi 9 Transparent Edition ini mempunyai ketebalan hanya 0.4mm. Rekaan komponen palsu variasi Mi 9 pula ini telah diperkemaskan dengan kelihatan lebih ranggi dan menawan. Dari segi gambar, turut kelihatan gegelung untuk pengecasan nirwayar.
Cuma sekarang yang menjadi tanda tanya adalah, apakah beza Xiaomi Mi 9 Transparent Edition dan Explorer Edition selain daripada jumlah kamera? Adakah dua-dua ini akan hadir secara global kelak?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2DU0pOG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment