Hi! Welcome Back and Stay Tune! YTL Akan Memulakan Ujian Terragraph Di Pulau Pinang Bermula Bulan Mac – Internet Percuma Pada Kelajuan Mencapai Gigabit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

YTL Akan Memulakan Ujian Terragraph Di Pulau Pinang Bermula Bulan Mac – Internet Percuma Pada Kelajuan Mencapai Gigabit

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa YTL, syarikat utama dibelakang syarikat telekomunikasi YES bakal menjalankan ujian sambungan Internet nirwayar Terragraph di Pulau Pinang.

Hari ini, di acara pengumuman oleh syarikat YTL dan Facebook mengumumkan bahawa mereka akan menjalankan ujian sambungan Internet nirwayar Terragraph selama enam bulan bermula bulan Mac 2019 ini dengan membenarkan orang ramai untuk menggunakan sambungan Internet ini secara percuma di sekitar kawasan Pulau Pinang untuk menguji keberkesanannya.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Terragraph ialah teknologi telekomunikasi oleh Facebook yang menggunakan gelombang 60GHz untuk memberi pengguna sambungan Internet selaju 1Gbps secara konsisten.

Apa yang lebih menarik lagi ialah teknologi ini dirumahkan di dalam kotak-kotak kecil yang dikatakan hanya menggunakan jumlah tenaga sama banyak seperti sebuah lampu LED.

Bukan itu sahaja, kotak-kotak Terragraph ini boleh dipasang terus kepada infrastruktur sedia ada seperti tiang lampu, lampu trafik dan juga tiang elektrik tanpa perlu membina infrastuktur baru seperti menara telekomunikasi ataupun menggali lubang untuk memasang kabel gentian optik.

Menurut Wing K Lee, CEO YTL Communications, teknologi Terragraph ini cukup sesuai untuk kawasan seperti Pulau Pinang, dimana kebanyakan kawasan bandarnya disahkan kawasan warisan UNESCO yang harus dikekalkan rekaannya dan juga kawasan-kawasan lain dimana penaik-tarafan gentian optik tidak begitu mudah dilakukan.

Dengan teknologi Terragraph ini, para penduduk di kawasan-kawasan seperti Georgetown tidak perlu risau mengenai sambungan Internet yang perlahan kerana ujian awal sambungan tersebut memperlihatkan kelajuan sambungan muat turun dan muat naik Internet selaju 1Gbps.

Walaupun dengan kelajuan tersebut, pihak YTL tidak menafikan bahawa ujian masih perlu dijalankan untuk memastikan bahawa para pengguna boleh mendapatkan sambungan internet selaju yang mungkin secara konsisten, dan itulah fokus ujian Terragraph ini.

Apa yang menarik mengenai teknologi Terragraph ini, ia bukan sahaja menggunakan modul-modul yang kecil, tetapi ia juga mudah dipasang. Menurut jurucakap dari Facebook, mereka memasang 25 unit Terragraph di sekitar kawasan Georgetown dalam satu malam sahaja.

Apabila ujian Terragraph ini mula dijalankan, kawasan Georgetown akan hadir dengan 60 modul, dan ia akan dilanjutkan ke kawasan-kawasan lain sepanjang enam bulan tersebut. Selepas ujian tersebut tamat, YTL akan hadir dengan sebuah laporan untuk menunjukkan jika teknologi Terragraph ini berbaloi digunakan secara komersial ataupun sebaliknya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2N9W8uq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.