Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Memperlihatkan Rekaan Hadapan Mi 9 – Dilengkapi Skrin AMOLED Bertakuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Memperlihatkan Rekaan Hadapan Mi 9 – Dilengkapi Skrin AMOLED Bertakuk

Xiaomi telah sedia berkongsi sedikit demi sedikit info berkaitan telefon pintar akan datang mereka. Hari ini, pengeluar dari China berkenaan turut menerbitkan beberapa gambar, memperlihatkan rekaan hadapan telefon pintar Mi 9 akan datang.

Xiaomi Mi 9

Xiaomi Mi 9 ini hadir dengan rekaan skrin bertakuk kecil, dan dilengkapi skrin AMOLED daripada Samsung. Xiaomi mengatakan ia menawarkan nisbah peranti ke kerangka pada tahap 90.7% mengikut ujian dalaman mereka.

Xiaomi mengatakan mereka menggunakan skrin berasaskan kaca Gorilla Glass 6, dan menawarkan kadar kecerahan 600nit bersama-sama dengannya.

Xiaomi Mi 9 Skrin

Skrin hadapan ini turut dilengkapi pengimbas cap jari padanya, selain turut menawarkan beberapa ciri-ciri menarik seperti Sunlight Mode 2.0 (untuk penggunaan dibawah cahaya matahari yang terang) dan juga Reading Mode 2.0 (menawarkan pengoptimasian kecerahan skrin berdasarkan cahaya sekeliling).

Xiaomi Mi 9 Skrin

Xiaomi Mi 9 Skrin

Xiaomi sebelum ini sedia mengesahkan Mi 9 akan hadir dengan tri-kamera 48-megapixel dibelakang, selain ia turut dijana berasaskan cip Snapdragon 855.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 20 Februari ini untuk melihat pelancaran rasmi Xiaomi Mi 9 ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2BGHR3S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.