Apa Itu Substratum Lite?
Substratum adalah aplikasi mengubahsuai antaramuka peranti Android. Ia adalah seumpama tetapan dalam Android untuk mengubah tema, tetapi Substratum menawarkan perubahan pada keseluruhan sistem. Substratum ini dibangunkan oleh Projekt dan apa yang menarik dengan aplikasi ini adalah, ia turut mampu mengubah antaramuka sistem tanpa akses root.
Terkini, Projekt telah hadir dengan Substratum Lite yang dikatakan adalah lebih stabil daripada Substratum biasa. Tetapi jika Substratum Lite lebih stabil, kenapa Substratum masih berada di Play Store? Kenapa ada nama ‘Lite‘ di belakang? Apakah perbezaannya? Dalam artikel ini, akan saya terangkan apa itu Substratum Lite.
Substratum Lite ini baru sahaja dilancarkan beberapa hari yang lepas. Versi ‘Lite’ ini dibangunkan oleh Ivan Iskandar, di mana beliau adalah salah seorang pembangun dalam dalam Projekt yang membangunkan Substratum versi biasa.
Fokus Substratum Lite adalah untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar, pantas, saiz pemasangan yang lebih kecil dan juga prestasi yang lebih stabil. Tetapi, adalah ini bermakna Substratum yang biasa tidak stabil? Jawapannya tidak. Secara asasnya, Substratum Lite mempunyai kemampuan yang terhad dan hanya mampu menyokong beberapa tema sahaja dan tema yang disokong pula adalah tidak membawa risiko kepada peranti pengguna.
Boleh dikatakan yang Substratum Lite adalah untuk mereka yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan Substratum.
Substratum Lite juga tidak menyokong tema-tema Substratum yang dibangunkan pada zaman awal Substratum dibangunkan, ia hanya menyokong tema-tema yang moden dan secara tidak tidak langsung akan menjadi lebih stabil dan tidak akan ada masalah tema tidak menyokong peranti.
Kemudian, Substratum Lite juga tidak menyokong tema ‘Sungstromeda’. Di mana ini adalah tema untuk peranti-peranti Samsung. Disebabkan Samsung menggunakan Samsung Experience dan One UI, ia mempunyai sistem yang sedikit berbeza berbanding peranti Android lain. Tidak lupa juga, sistem tema pada One UI telah diubah Samsung dan perubahan menggunakan Substratum adalah sukar.
Jadi, peranti apa sahaja yang menyokong Substratum Lite ini? Berikut adalah senarai keperluan yang perlu ada pada peranti anda untuk menggunakan Substratum Lite;
- Android 9.0 Pie Asli – hanya peranti yang sudah root dengan Magisk
- Android Oreo Asli – hanya beberapa peranti Samsung terpilih (versi Andromeda 30 ke atas diperlukan), mana-mana peranti degan root Magisk atau tidak
- Android Q Asli – Hanya Pixel dengan sistem Magisk, disebabkan Q masih lagi dalam Beta Pertama – kelak sokongan ini mungkin akan dibuang
- Substratum Service: Mana-mana peranti Android dengan custom ROM dengan Substratum Service terbina
Perlu diingatkan, mana-mana peranti yang tidak diroot perlu menggunakan Andromeda untuk sokongan tambahan.
Tidak dinafikan yang Substratum Lite ini adalah ibarat Telegram yang mempunyai Telegram X. Antaramuka yang hampir sama, hampir semua fungsi dan ciri dikekalkan dan ia adalah lebih stabil dan ringan.
Akan tetapi, perlu diingatkan yang ada tema yang dipasang pada peranti turut akan mengakibatkan bateri yang cepat habis, lengah masa atau juga sistem operasi yang terus tidak stabil. Substratum adalah ibarat anda memasang custom ROM, di mana salah pilih tema atau silap langkah akan membawakan risiko pada peranti.
Bagi yang berminat dengan Substratum Lite, boleh cuba hari ini dan muat turun secara rasmi di Google Play Store. Tema-tema pula anda boleh cari di Play Store, di mana ada yang percuma dan juga ada yang berbayar.
Muat Turun Substratum Lite Di Google Play Store
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CDzpTx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment