Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fail Pemasangan Microsoft Edge Berasaskan Chromium Tertiris Ke Web – Boleh Dipasang Pada Windows 10, 8, Dan 7 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fail Pemasangan Microsoft Edge Berasaskan Chromium Tertiris Ke Web – Boleh Dipasang Pada Windows 10, 8, Dan 7

Microsoft dalam persedian untuk memperkenalkan pelayar web Microsoft Edge mereka dengan teknologi berasaskan Chrome. Beberapa paparan pelayar web ini telah tertiris ke arena web sebelum ini, namun tiada sebarang fail pemasangan yang boleh dicuba oleh pengguna. Pada hari ini, fail pemasangan Microsoft Edge berasaskan Chromium telah tertiris secara sepenuhnya – yang mana ia sedia diuji pada sistem operasi serendah Windows 7.

Fail pemasangan ini telah dijumpai pada halaman forum PCBeta, dengan menyediakan pautan dalam bentuk fail berasaskan ZIP. Di dalamnya menyediakan fail setup.exe untuk membolehkan pengguna memasangnya terus pada sistem komputer. Paparan pemasangannya mirip seperti pemasangan Chromium, dengan menyajikan paparan yang ringkas dan mudah.

Secara kasarnya, pelayar web ini menyerupai Chromium namun dilengkapi dengan sejumlah perkhidmatan Microsoft. Ia menyertakan fungsi Microsoft Account bagi membolehkan maklumat daripada pelayar web Edge sebelum ini diselarikan kepada pelayar web terbaru ini. Cuma ia tidak menyertakan fungsi lakaran seperti Edge sebelum ini, sekaligus tidak membolehkan pengguna melakar sesuatu halaman atau PDF.

Namun perlu diingatkan, fail yang tertiris ini mungkin mengandungi pepijat dan kami tidak menyarankan anda untuk memasang pada komputer utama anda. Bagi anda yang ingin mengujinya, anda boleh mendapatkan fail pemasangan ini melalui forum PCBeta.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TW2wvX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.