Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peti Sejuk Samsung Family Hub Dengan Skrin Sesentuh Turut Dilancarkan Untuk Pasaran Asia Tenggara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peti Sejuk Samsung Family Hub Dengan Skrin Sesentuh Turut Dilancarkan Untuk Pasaran Asia Tenggara

Pengenalan peti sejuk lebih enam puluh tahun yang lalu mengubah kehidupan manusia moden. Mereka tidak lagi perlu ke pasar setiap hari untuk makanan segar dan membolehkan penjualan makanan secara besar-besaran yang lebih tahan lama kerana dibekukan. Bermula dengan kotak satu pintu, peti sejuk berevolusi selari dengan pengguna yang mengintegrasikan pelbagai peranti pintar dalam kehidupan seharian. Samsung Family Hub ialah peti sejuk pintar yang buka sahaja menyimpan makanan, malah dilengkapi skrin sesentuh gergasi dan kemampuan peranti berhubung.

Model terkini Samsung Family Hub dilancarkan untuk rantau Asia Tenggara ini dengan pelbagai penambahbaikan. Ia boleh dikawal menggunakan sistem arahan suara Bixby terkini, menunjukkan kandungan di dalamnya pada pelbagai peranti Samsung (seperti televisyen pintar) dan memberikan pelbagai saranan resipi makanan berdasarkan bahan mentah yang telah dibeli.

Perkara menarik lain yang boleh dilakukan ialah memainkan video dari YouTube, menstrim muzik menerusi aplikasi Spotify, menunjukkan status pelbagai peranti berhubung di rumah (menerusi widget) dan menunjukkan video litar tertutup pada skrin gergasi sesentuh yang disertakan. Sistem operasi yang digunakan ialah Tizen 3 yang menjadi tulang belakang ekosistem Samsung SmartThings sebelum ini.

Dengan Family Hub, sekali lagi peranti pintar berubah mengikut keperluan semasa. Ia bukan lagi sekadar peti menyimpan makanan tetapi menjadi pusat tumpuan pelbagai aktiviti di rumah. Walaupun diumumkan untuk pasaran Asia Tenggara, pelancarannya untuk pasaran Malaysia masih belum disahkan buat masa ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FwWN6X

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.