Hi! Welcome Back and Stay Tune! Televisyen Samsung QLED 8K Dengan Skrin 98″ Ke Pasaran Asia Tenggara April Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Televisyen Samsung QLED 8K Dengan Skrin 98″ Ke Pasaran Asia Tenggara April Ini

Dalam masa dua dekad kita telah melihat peningkatan mendadak resolusi skrin televisyen yang ditawarkan kepada pengguna. Tahun lalu Samsung melancarkan televisyen QLED 8K mereka dengan kecerdasan buatan yang meningkatkan kandungan dengan resolusi asal yang rendah. Di Samsung South East Asia Forum yang sedang berlansung di Singapura hari ini, mereka mengesahkan televisyen QLED 8K terkini mereka akan ditawarkan ke pasaran Asia Tenggara bermula April ini

Penawaran paling menarik ialah Samsung Q950R yang hadir dengan skrin mencecah 98″. Selain menyokong resolusi yang amat tinggi, televisyen pintar ini juga akhirnya menyokong format perkongsian Apple AirPlay 2, paparan HDR10+ dan Ambience Mode yang diperkenalkan pada model tahun lalu. Sokongan AirPlay2 hadir selari dengan pelancaran perkhidmatan penstriman Apple yang akan berlangsung pagi esok.

Dengan pengenalan siri QR950 di rantau Asia Tenggara, Samsung kini menawarkan 20 model televisyen pintar QLED 8K dan 4K sepanjang tahun 2019. Model-model lain yang ditawarkan ialah siri Q90, Q80, Q70 dan Q60 masing-masing dengan penawaran resolusi serta saiz skrin yang pelbagai.

Kesemua televisyen pintar 8K dan 4K Samsung akan menyokong fungsi yang telah kami sebutkan di atas secara terbina ataupun kemas kini perisian dalam masa terdekat. Bagi yang gemar menggunakan arahan suara, terdapat juga sokongan Google Assistant dan Amazon Alexa. Tidak ketinggalan juga sokongan Bixby bagi mereka yang lebih selesa dengan ekosistem pintar Samsung menerusi platform peranti berhubung SmartThings mereka. Buat masa ini harga jualan untuk model baharu Samsung Q950 masih belum diumumkan untuk pasaran Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OqWD4a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.