Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kereta Tesla Model 3 Berjaya Digodam Pada Acara Pwn2Own 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kereta Tesla Model 3 Berjaya Digodam Pada Acara Pwn2Own 2019

Tesla terkenal dengan pembangunan dan pengeluaran kenderaan berasaskan elektrik. Kenderaan yang dikeluarkan oleh mereka ini mempunyai tahap sekuriti yang tinggi, sekaligus menyukarkan penggodam memintas sistem kenderaan. Namun, salah sebuah pasukan pakar sekuriti telah berjaya menggodam Tesla Model 3 ini pada hari terakhir acara Pwn2Own 2019 berlangsung.

Pasukan ini dikenali sebagai Fluoroacetate yang terdiri daripada dua orang ahli iaitu Amat Cama dan Richard Zhu. Mereka berjaya menggodam Model 3 melalui pelayar web yang disertakan bersama papan pemuka (dashboard) kereta ini. Mereka menggunakan pepijat JIT untuk melancarkan kod pada firmware kereta, dan kemudiannya, memaparkan sebuah mesej pada sistem inforia terbina.

Kejayaan ini membuat mereka berdua dapat menyimpan kereta Tesla Model 3 ini dan menerima wang tunai sebanyak $35,000 USD sebagai ganjaran.

Penggodaman ini membolehkan penggodam menghantar mesej berbentuk hasutan kepada pemilik kenderaan Tesla. Ia agak membimbangkan kerana ia boleh menakutkan pengguna daripada terus memandu kenderaan ini. Mesej yang diterima juga boleh hadir dalam bentuk ugutan, sekaligus mengancam keselamatan pemilik kenderaan daripada Tesla ini.

Pihak Tesla telah dimaklumkan dengan perkara ini dan memandang serius dengan isu sekuriti yang terdapat pada kenderaan mereka. Tesla mengatakan bahawa mereka akan menawarkan kemaskini baru bagi mengelakkan banyak lagi kereta digodam dengan pepijak ini. Pihak Tesla juga turut berterima kasih kepada para penggodam ini kerana usaha mereka dapat meningkatkan lagi sistem sekuriti yang terdapat pada kenderaan keluaran mereka.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HRycLQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.