Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Kini Akan Memperbaiki iPhone Walaupun Ia Menggunakan Bateri Pihak Ketiga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Kini Akan Memperbaiki iPhone Walaupun Ia Menggunakan Bateri Pihak Ketiga

Apple biasanya sangat tegas apabila berlaku keadaan dim ana peranti-peranti mereka, terutamanya iPhone perlu diperbaiki. Secara lazimnya, semua komponen yang digunakan perlu disahkan tulen sebelum mereka akan membenarkan jurutugas mereka memperbaikinya.

Terkini, Apple dikatakan bakal melonggarkan sedikit peraturannya, dimana jika sebuah iPhone yang dihantar ke Genius Bar ataupun Apple Authorised Service Provider (AASP) untuk diperbaiki, juruteknik dibenarkan untuk memperbaiki peranti tersebut walaupun ia didapati menggunakan bateri dari pihak ketiga.

Ini termasuklah pembaikan yang memerlukan pertukaran bateri, dan yang tidak memerlukan pertukaran bateri. Apa yang lebih menarik lagi, jika bateri yang perlu diganti ialah bateri pihak ketiga, pihak AASP boleh menggantikannya dengan bateri tulen, dan jika rangka dalaman terlalu teruk untuk diperbaiki, dan peranti tersebut masih berada di dalam waranti, mereka dibenarkan untuk menggantikan peranti tersebut dengan peranti baru.

Menurut dokumen dalaman yang diterima oleh Macrumors, pertukaran polisi ini adalah sesuatu yang agak baru, dan berkuatkuasa secara global.

Buat masa ini, kami masih tidak pasti mengapakah Apple menukar polisi pembaikan peranti mereka, kerana sebelum ini mereka cukup tegas mengenai komponen-komponen yang digunakan didalam peranti-peranti tersebut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Uo69XF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.