Goodyear Memperlihatkan Konsep Tayar Merangkap Kipas Untuk Kereta Terbang
Kereta terbang pertama negara berkemungkinan besar akan melakukan penerbangan pertama Jun ini. Di masa hadapan kereta terbang akan menjadi pemandangan biasa setiap hari. Tetapi dari apa yang dapat kita lihat sekarang, rekaan kereta terbang masih tidak praktikal dan apakah akan berlaku apabila pengguna perlu pergi ke kawasan yang menghalang sebarang kenderaan terbang.
Oleh itu kereta terbang yang masih mempunyai tayar untuk bergerak di atas jalan raya masih diperlukan. Goodyear sudah menghasilkan konsep tayar kenderaan yang turut berfungsi sebagai kipas ketika di dalam mod terbang. Empat tayar Goodyer Aero ini digunakan pada sebuah kereta terbang. Ia tidak mempunyai tiub pneumatik tetapi sebaliknya hanya mempunyai pad bergetah pada bingkai luaran. Berat kereta dalam mod empat roda akan ditanggung oleh bilah kipas merangkap jejari tayar.
Goodyear Aero dihasilkan khusus untuk acara Geneva Motor Show. Sebelum ini mereka pernah juga menghasilkan konsep tayar kereta yang mengecas bateri kereta elektrik dengan mengitar semua haba dari geseran.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ThEoDZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment