Pembaca Berita Maya Wanita Kecerdasan Buatan Pertama Dunia Memulakan Tugas Di China
Semasa kami masih kecil, kerjaya sebagai pembaca berita adalah antara yang kami idamkan kerana ia membolehkan kami muncul di kaca TV setiap hari. Apabila semakin dewasa kami menyedari bakat kami lebih kepada menulis dan bukan menjadi wajah stesen TV. Di China pembaca berita maya bekecerdasan buatan telah diperkenalkan November lalu untuk saluran berita Xinhua berbahasa Inggeris. Akhir bulan lalu pembaca berita maya wanita pertama pula memulakan tugas.
Pembaca berita maya bekercerdasan buatan ini diberi nama Xin Xiaomeng. Ia dihasilkan dari wajah pembaca berita sebenar Qu Meng. Penggunaan pembaca berita maya ini dilihat dapat mengurangkan beban kerja kerana dapat melakukan tugas tanpa henti. Xinhua kini mempunyai tiga pembaca berita maya secara keseluruhan. Setakat ini mereka telah membaca 3,400 laporan berita yang bersamaan dengan 10,000 minit di kaca TV.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2UmcD9J
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment