Hi! Welcome Back and Stay Tune! KWSP Lancar Panduan Perbelanjaan ‘Belanjawanku’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KWSP Lancar Panduan Perbelanjaan ‘Belanjawanku’

KUALA LUMPUR, 4 Mac 2019: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya, hari ini melancarkan Belanjawanku: Panduan Perbelanjaan Untuk Individu dan Keluarga Di Malaysia. Turut melancarkan panduan ini adalah Menteri Kewangan, Yang Berhormat Lim Guan Eng, di EPF Learning Campus (ELC), Bangi.

Belanjawanku menyediakan anggaran perbelanjaan minimum secara bulanan ke atas pelbagai barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh setiap isi rumah di Lembah Klang bagi mencapai taraf hidup yang baik. Ia juga menyediakan panduan menyeluruh, termasuk peruntukan untuk keperluan asas, penglibatan sosial, simpanan yang disyorkan, pembayaran balik pinjaman dan keperluan kecemasan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tunku Alizakri Alias berkata, “Motivasi utama kepada pembangunan Belanjawanku adalah untuk mengatasi tahap celik kewangan yang rendah, peningkatan kos hidup dan hutang tinggi di kalangan rakyat Malaysia. Wang ringgit adalah komponen utama ekonomi dan kami yakin bahawa Belanjawanku boleh menjadi rujukan yang asas dan praktikal dalam pengurusan perbelanjaan.

“Panduan ini juga akan diguna pakai oleh pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) kami dalam memberi panduan dan nasihat kewangan kepada ahli, sekaligus menjadi pelengkap kepada perkhidmatan teras KWSP tersebut. Kami menjangkakan Belanjawanku menjadi asas kepada kesejahteraan kewangan yang menjurus kepada kualiti kehidupan yang lebih baik dalam jangka masa panjang.” 

Projek Belanjawanku merupakan sebahagian daripada program celik kewangan KWSP, manakala penyelidikan terperinci dilakukan oleh pasukan penyelidik di SWRC di bawah pimpinan pengarahnya, Profesor Emeritus Datuk Dr Norma Mansor.  

Penyelidikan ini melibatkan soal selidik dan perbincangan kumpulan fokus yang terdiri daripada penyelidik daripada universiti tempatan, wakil daripada KWSP, Agensi Kaunseling dan Pengurusan dan Pengurusan Kredit (AKPK), Unit Perancang Ekonomi, Majlis Perundingan Gaji Negara, agensi-agensi bukan kerajaan, Bank Negara Malaysia, dan pakar industri termasuk daripada kalangan institusi kewangan, perancang kewangan, pakar pemakanan, dan rujukan isi rumah terpilih yang menetap di Lembah Klang.

Naib Canselor Universiti Malaya Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hj. Hashim berkata, “Belanjawanku adalah berdasarkan penyelidikan dan kajian teliti ke atas pola perbelanjaan serta tahap kepenggunaan sebelum mengenal pasti kumpulan barangan dan perkhidmatan yang mewakili taraf hidup yang baik atau kesejahteraan individu dan keluarga daripada isi rumah bandar.

“Ianya berguna sebagai petunjuk kepada kos sara hidup serta panduan kepada rakyat Malaysia untuk memperbaiki pengurusan kewangan peribadi mereka yang akan menjurus kepada kehidupan yang lebih baik dan bermakna.”

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman, yang disertai oleh pengurusan tinggi KWSP, tetamu kehormat daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, wakil daripada Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN), ahli akademik, pelajar universiti dan lain-lain lagi.

Satu sesi panel khas juga diadakan pada majlis tersebut, dikendalikan oleh Nurhisham Hussein, Ketua Jabatan Ekonomi dan Pasaran Modal KWSP, dengan barisan ahli panel yang terdiri daripada Profesor Datuk Dr Norma, Joyce Chuah (KPE Success Concept Life Planner), Christopher Wee (Pengurus Besar Strategi di RevAsia), dan Jufitri Joha (Presiden Majlis Belia Malaysia).

Maklumat dalam Belanjawanku akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi mengambil kira perubahan harga. Versi khas untuk kawasan lain akan diterbitkan pada masa akan datang.

Buku panduan dan risalah Belanjawanku boleh dimuat turun secara percuma daripada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Risalah tersebut juga boleh didapati di mana-mana kaunter KWSP Lembah Klang. 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan dana persaraan terulung Malaysia yang ditubuhkan untuk membantu ahli mencapai simpanan yang cukup untuk persaraan yang selesa.  Ini selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang baik serta misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. KWSP telah berkembang daripada sebuah organisasi berpaksikan transaksi kepada sebuah organisasi pengurusan dana professional dengan tumpuan terhadap jaminan persaraan. KWSP berpandukan rangka kerja tadbir urus yang mantap dan profesional dalam membuat keputusan pelaburan. Ia terus memainkan peranan sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi negara dan bertujuan untuk memupuk budaya menabung dan melabur di kalangan ahli untuk meningkatkan tahap celik kewangan di peringkat negara.

Mengenai Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC)

Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC), yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial (SSRC), merupakan pemimpin pemikiran dalam perlindungan sosial melalui pengukuhan pengetahuan dan penyelidikan. SWRC aktif menjalankan pelbagai projek penyelidikan, terlibat dalam penerbitan jurnal serta pelbagai persidangan antarabangsa dan bengkel penyelidikan. Pusat ini aktif bekerjasama dengan agensi kerajaan dan penggubal dasar dalam memastikan perlindungan sosial dan kesejahteraan rakyat Malaysia. SWRC merupakan institut yang dibiayai oleh endowmen khas KWSP.



✍ Sumber Pautan : ☕ KWSP: Terkini di KWSP

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TzSDmL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.