Spotify Menguji Antaramuka Mod Kereta Baharu Yang Memudahkan Pemilihan Senarai Main
Pertengahan Januari lalu, mod kereta diaktifkan untuk pengguna aplikasi Android. Apabila ditambat secara bluetooth pada sistem audio, antaramuka dengan butang lebih besar dan minimalis akan dipaparkan. Hari ini kami menyedari antaramuka mod kereta baharu dengan satu butang besar “Choose Music” dipaparkan pada bahagian bawah khusus untuk mengakses senarai main (playlist).
Senarai main seperti Your Daily Mix, album yang disimpan dan senarai main yang pernah dimainkan sebelum ini akan dipaparkan di dalam menu ini. Dengan adanya butang ini, pengguna boleh memilih senarai main tanpa perlu keluar dari skrin pemain muzik. Apabila sedang memandu pengguna pastinya tidak mahu diganggu dengan pemilihan menu yang banyak dan antaramuka baharu ini memudahkan proses. Buat masa ini kami hanya menerima antaramuka ini pada satu peranti Android sahaja. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah anda juga telah menerima antaramuka ini?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2C5XXo7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment