Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Mendapati Mereka Tersimpan Ratusan Juta Kata Laluan Dalam Bentuk Teks Biasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Mendapati Mereka Tersimpan Ratusan Juta Kata Laluan Dalam Bentuk Teks Biasa

Facebook hari ini berkongsi, mengatakan melalui semakan sekuriti yang dilakukan pada awal tahun 2019 ini, mereka mendapati yang mana sejumlah kata laluan telah disimpan dalam bentuk teks biasa pada sistem storan data mereka. Facebook mengatakan mereka telah pun mengatasi perkara berkenaan.

Kata laluan kebiasaannya akan disulitkan terlebih dahulu ketika disimpan dalam sistem – bagi memastikan ia tidak dapat dibaca dengan mudah.

Facebook mengatakan ratusan juta pengguna Facebook Lite terkesan, selain puluhan juta pengguna Facebook, dan ratusan ribu pengguna Instagram.

Pada masa yang sama, Facebook turut mengatakan yang mana kata laluan ini tidak dapat diakses dari luar ketika kejadian berkenaan berlaku. Facebook juga mengatakan mereka tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan kelemahan sekuriti ini telah disalah-guna buat masa ini.

Facebook mengatakan akan memberi notifikasi untuk pengguna berkaitan. Seperti biasa, pengguna digalakkan mengaktifkan sokongan pengesahan dwi-faktor bagi mengelak akaun mereka diceroboh pihak ketiga – atau terdedah kepada masalah sekuriti.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Fm0Ku8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.