Galaxy Buds Menerima Kemaskini Menampal Pepijat Paparan Tahap Bateri Yang Tidak Tepat
Samsung Galaxy Buds telah menerima tiga kemas kini sejak dilancarkan beberapa minggu yang lalu Namun begitu wujud pepijat di mana tahap bateri fon telinga tidak dipaparkan dengan betul pada sesetengah peranti. Ini kami lihat sendiri apabila ia memaparkan 0% bateri apabila ditambat ke Galaxy S10e tetapi tidak berlaku pula pada Galaxy Note 9.
Pagi ini kemas kini perisian diberikan untuk Galaxy Buds untuk menampak pepijat. Ia hanya sebesar 1.32 MB dan memerlukan Galaxy Buds ditambat pada sebuah peranti pintar menerusi aplikasi Galaxy Wearable. Bagi pengguna Windows dan Mac, ini boleh dilakukan menerusi program Galaxy Buds Manager menerusi pautan di bawah. Malang sekali buat masa ini masih tiada aplikasi Galaxy Wearable untuk iOS. Pengguna peranti iOS perlu mengemaskini perisian Galaxy Buds menerusi komputer atau telefon pintar yang dimiliki.
Muat turun perisian Galaxy Buds Manager untuk Windows
Muat turun perisian Galaxy Buds Manager untuk macOS
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HMtC1p
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment