Kelak, Laman AirAsia.com Akan Menjual Tiket Penerbangan Dari Syarikat Lain
Laman AirAsia.com merupakan sebuah laman yang tidak asing lagi bagi kebanyakkan pengguna tempatan, dimana melaluinya pengguna boleh membuat tempahan tiket penerbangan AirAsia, selain turut merancang percutian.
Hari ini, Tony Fernandes, CEO Kumpulan AirAsia mengumumkan yang mana AirAsia.com akan ditubuhkan sebagai sebuah syarikat baru dibawah Red Beat, dan sejumlah perubahan baru akan diperkenalkan.
Soon you will see other airlines selling their flights on https://t.co/KkvaO1OaAm
— Tony Fernandes (@tonyfernandes) March 22, 2019
Salah satunya adalah kebolehan untuk syarikat penerbangan lain untuk turut menyenaraikan penawaran mereka, sekaligus memudahkan pengguna untuk menggunakan AirAsia sebagai laman sehenti untuk membuat perancangan percutian.
Tony Fernandes turut mengatakan yang mana platform AirAsia.com telah berkembang pesat, malah pada minggu lepas sahaja ia memperlihatkan penjualan hotel melalui laman berkenaan meningkat sehingga 300%. Dengan pelbagai pangkalan data pelanggan, ia bakal membolehkan platform AirAsia.com ini terus berkembang dan menjadi perancang percutian terbesar di rantau Asia Tenggara ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HPgbxF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment