Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Mula Menghantar Notifikasi Bahawa Sokongan Windows 7 Bakal Ditamatkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Mula Menghantar Notifikasi Bahawa Sokongan Windows 7 Bakal Ditamatkan

Windows 7 masih lagi antara salah satu sistem operasi yang masih aktif digunakan pada saat ini. Ia telah dilancarkan pada tahun 2009, dan ia bakal mencecah usia 10 tahun pada Julai ini. Microsoft sebenarnya tidak lagi memfokuskan kepada pembangunan Windows 7 secara aktif, dan kini, mereka mula mengeluarkan notifikasi mengenai penamatan sistem operasi ini.

Notifikasi ini telah disertakan melalui kemaskini kecil yang dikeluarkan oleh Microsoft untuk pengguna Windows 7. Ia dikeluarkan dalam bentuk tetingkap dengan memaklumkan sistem operasi ini bakal ditamatkan pada 14 Januari 2020. Microsoft masih memberi pilihan “Do not remind me again” bagi mengelakkan pengguna berasa terganggu dengan paparan ini pada akan datang.

Microsoft mengesyorkan untuk pengguna beralih ke Windows 10 yang sedia mempunyai sokongan kemaskini yang aktif. Selepas tarikh 14 Januari 2020, Microsoft tidak lagi memberi kemaskini berkaitan sekuriti pada Windows 7, sekaligus mengundang kepada isu pencerobohan dan penggodaman data. Sebarang sokongan melalui telefon juga tidak akan dilayan, sehingga pengguna mengemaskini komputer ke Windows 10.

Windows 7 masih aktif digunakan kerana ia masih lagi menyajikan sebuah sistem operasi yang stabil. Ia kurang memberikan masalah dan sokongan aplikasi untuknya masih lagi dibangunkan sehingga kini. Namun selepas Januari 2020, ia mungkin akan terdedah kepada serangan berbahaya dan sangat disarankan untuk pengguna beralih ke sistem operasi yang lebih moden.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FsxdQz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.