Hi! Welcome Back and Stay Tune! Langganan Perkhidmatan Penstriman Video Global Mencecah 613 Juta Pada Tahun 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Langganan Perkhidmatan Penstriman Video Global Mencecah 613 Juta Pada Tahun 2018

Berapa ramaikah di kalangan pembaca Amanz yang melanggan perkhidmatan penstriman video seperti iFlix, Dimsum dan Netflix? Menurut laporan terkini The Motion Picture Association of America (MPAA), langganan perkhidmatan penstriman video tahun lalu meningkat ke 613.3 juta, Ini adalah peningkatan sebanyak 131.2 juta berbanding 2017. Buat pertama kali dalam sejarah, langganan penstriman video lebih tinggi daripada perkhidmatan kabel.

Pada waktu yang sama jumlah pengguna TV satelit, DTT (digital terrestrial TV) dan perkhidmatan premium pihak ketiga (seperti hiburan dalam kapal terbang) kekal malar. Jumlah pengguna perkhidmatan IPTV juga menunjukkan peningkatan. Sungguhpun begitu, perkhidmatan kabel dan satelit masih mencatatkan keuntungan yang jauh lebih tinggi berbanding penstriman video dan IPTV. Ini berbeza dengan perkhidmatan penstriman muzik yang menyumbang 43% keuntungan industri muzik pada tahun 2017.

Perkhidmatan penstriman video semakin hari semakin popular. Namun begitu kerana terdapat terlalu banyak perkhidmatan ditawarkan dengan kandungan eksklusif, ia mengakibatkan pengguna kembali mencetak rompak kerana tidak mampu melanggan kepada semua.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Ygc2bJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.