Hi! Welcome Back and Stay Tune! Honor 8C Dilancarkan Di Malaysia – Snapdragon 632, Bateri 4000 mAh, Berharga RM599 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Honor 8C Dilancarkan Di Malaysia – Snapdragon 632, Bateri 4000 mAh, Berharga RM599

Pada minggu sebelum ini, kita disajikan dengan lambakan pelancaran telefon pintar untuk pasaran tempatan. Antaranya Xiaomi Redmi Note 7, siri Samsung Galaxy A, dan Realme 3 yang memperlihatkan penawaran peranti mampu milik. Pada hari ini, sebuah lagi peranti berpatutan telah dilancarkan – menerusi perkenalan Honor 8C.

Honor 8C ditujukan bagi mereka yang mahukan sebuah peranti kelas pertengahan asas dengan rekaan menawan. Ia membawakan paparan IPS LCD sebesar 6.26-inci HD+, dengan perletakkan takuk di bahagian atas. Ia hadir dengan cip lapan-teras Snapdragon 632, memori 3GB RAM, dan storan 32GB yang boleh ditingkatkan melalui kad mikroSD sehingga 256GB.

Untuk keupayaan penggambaran, ia dilengkapi dengan sistem dwi-kamera utama, melalui penggunaan sensor 13MP f/1.8 + 2MP untuk kebolehan Portrait Mode. Ia turut menyertakan penggambaran AI yang dioptimasikan untuk 500 situasi dalam 22 kategori. Kamera hadapannya pula hadir dengan sensor 8MP f/2.0 dengan penyertaan pelekat AR untuk dipadankan pada swafoto.

Apa yang menarik, ia mampu menawarkan ketahanan bateri yang lama melalui kapasiti bateri 4000 mAh. Untuk sokongan pengecasan, ia menyokong sambungan mikroUSB dan boleh dicas melalui pengecas 10W yang disediakan. Untuk sistem operasinya, ia telah menjalankan EMUI 8.2 yang dibina berasaskan Android 8.1 Oreo.

Honor 8C

Dari segi jualan, Honor 8C telah disenaraikan pada harga RM599 untuk variasi 3GB RAM + 32GB. Ia boleh didapati bermula 1 April ini melalui pengedar-pengedar rasmi Honor Malaysia. Peranti ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, emas, dan biru.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HGmt3C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.