Hi! Welcome Back and Stay Tune! McDonald’s Dikatakan Bakal Mengambil Alih Dynamic Yield Untuk Memperbaiki Mutu Perkhidmatan Pandu Lalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

McDonald’s Dikatakan Bakal Mengambil Alih Dynamic Yield Untuk Memperbaiki Mutu Perkhidmatan Pandu Lalu

McDonald’s, salah satu syarikat makanan segera terbesar di dunia boleh juga dikatakan salah sebuah pelopor teknologi perkhidmatan yang terutama.

Terkini, sebuah laporan daripada TechCrunch mengatakan bahawa McDonald’s bakal mengambil alih syarikat Dynamic Yield sebuah syarikat teknologi personalisasi yang pernah bekerja dengan syarikat-syarikat didalam pelbagai jenis industri.

Pengambilalihan oleh McDonald’s ini akan memperlihatkan penambahbaikan kepada sistem pandu-lalu mereka terlebih dahulu. Ini termasuklah menunjukkan menu yang berbeza bergantung kepada masa, cuaca dan keadaan trafik pada mana-mana restoran McDonald’s yang mempunyai perkhidmatan tersebut.

Apa yang menarik lagi disini ialah McDonald turut berkata bahawa penambahan baru ini telahpun diuji sejak tahun lalu, dan dikatakan bakal dikembangkan lagi di Amerika Syarikat pada tahun ini. Bergantung kepada keberkesanannya, ia mungkin akan dikembangkan kepada pasaran antarabangsa juga.

Menurut jurucakap McDonald’s lagi, penambahbaikan ini mungkin akan dimasukkan kepada laman web dan aplikasi McDonald’s juga untuk memudahkan lagi pesanan pelanggan mereka.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2YnGrVS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.