Xiaomi Memperlihatkan Pengecasan Pantas 100W – Mengecas Sepenuhnya Dalam Masa 17 Minit
Pengecasan pantas kini bukan sahaja perlu pada peranti mercu tetapi turut pada peranti kelas pertengahan. Ramai pengguna tidak lagi sanggup menghabiskan masa menanti peranti untuk dicas berbanding dua tahun yang lalu. Terdapat banyak sistem pengecasan di pasaran seperti USB PD dan QuickCharge. Xiaomi telah memperlihatkan sistem pengecasan pantas mereka yang mengecas pada kuasa maksimum 100W. (20W/5A)
Sistem Super Charge Turbo boleh mengecas bateri sebesar 4000 mAh sepenuhnya dalam masa 17 minit. Ia mengecas lebih pantas berbanding sistem Oppo 50W walaupun peranti Oppo hanya dilengkapi bateri sebesar 3700 mAh. Video di atas dikongsi sendiri oleh presiden Xiaomi Lin Bin menerusi laman Weibo rasmi beliau. Maklumat lebih lanjut mengenai sistem Super Charge Turbo akan dikongsi oleh Xiaomi hari ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FrXc9D
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment