Hi! Welcome Back and Stay Tune! WeChat Pay My Bakal Mengembangkan Pembayaran Nirtunai Di Restoran Dan Gerai-Gerai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WeChat Pay My Bakal Mengembangkan Pembayaran Nirtunai Di Restoran Dan Gerai-Gerai

Jika anda ke China anda pasti menyedari dunia kehidupan nirtunai sudahpun menjadi realiti kerana ia disokong bukan sahaja di kedai-kedai utama malahan untuk perniagaan kecil seperti gerai makan di tepi jalan. Antara sistem pembayaran nirtunai yang paling popular ialah WeChat Pay. Di Malaysia WeChat Pay My telah memulakan operasi sejak Jun 2018 dengan sokongan pembelian minyak di Petron serta minuman di Starbucks. Hari ini mereka mengumumkan sokongan di beberapa rangkaian kedai terkemuka serta perancangan masa depan di Malaysia.

WeChat Pay My kini turut boleh digunakan di rangkaian kedai KK Mart, Hari Hari, TeaLive dan Syed Bistro. Mereka berharap sistem pembayaran mereka ini akan turut digunakan oleh perniagaan kecil-kecilan seperti penjual kuih di tepi jalan. Mereka juga mempunyai perancangan menyokong pembelian menerusi mesin layan diri dan memesan makanan di restoran terus menerusi aplikasi WeChat tanpa perlu menanti layanan dari pekerja terlebih dahulu. Pihak WeChat berharap kesemua konsep serta sistem pembayaran yang diperlihatkan hari ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Dengan penggunaan sistem nirtunai yang lebih meluas, pengguna di Malaysia akan dapat menikmati perkhidmatan yang setanding dengan pengguna di China dan aplikasi WeChat kini bukan sekadar platform penghantaran mesej dengan sistem ejaan mesra milenial.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2WpQsjh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.