Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acer Chromebook 714 Dan 715 Diperkenalkan – Dibina Khusus Untuk Sektor Pendidikan Dan Perusahaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acer Chromebook 714 Dan 715 Diperkenalkan – Dibina Khusus Untuk Sektor Pendidikan Dan Perusahaan

Acer hari ini mengumumkan di acara Acer Global Press Conference bahawa mereka kini pengeluar Chromebook nombor satu di dunia, dan telah mengeluarkan 13 juta unit Chromebook untuk pelbagai pasaran, terutamanya untuk sector Pendidikan.

Justeru itu, Acer melancarkan dua buah lagi peranti Chromebook baru melalui Acer Chromebook 714 dan Chromebook 715 yang dibina khusus untuk kedua-dua industri ini.

Acer Chromebook 2019

Kedua-dua model Chromebook ini dilengkapi dengan CPU Intel Core generasi kelapan, memori DDR4 sehingga 16GB dan storan eMMC sebanyak 64GB dan 128GB.

Chromebook 714 hadir dengan paparan 14 inci pada resolusi Full HD 1920×1080 pixel, manakala Chromebook 715 pula mempunyai paparan 15 inci dengan resolusi yang sama.

Kedua-dua model Chromebook ini juga mempunyai rekaan bingkai yang serba nipis, dan dengan daya ketahanan bateri selama 12 jam dengan satu pengecasan penuh, pekerja ataupun pelajar tidak perlu membawa pengecas peranti ini kemana-mana ataupun risau bahawa ia akan kehabisan caj ketika kelas ataupun kerja.

Acer Chromebook 714 dan 715 ini akan tiba di pasaran dunia tidak lama lagi, dan akan dijual bermula harga $499 untuk peranti Acer Chromebook 714, dan $599 untuk peranti Acer Chromebook 715.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2IdfMpM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.