Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkhidmatan Penstriman Video Disney+ Akan Dilancarkan Pada 12 November - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkhidmatan Penstriman Video Disney+ Akan Dilancarkan Pada 12 November

Perkhidmatan penstriman video Disney+ akan dilancarkan tahun ini sebagai pesaing kepada Netflix, Hulu dan HBO Go. Ramai mengetahui ia akan menawarkan kesemua katalog penuh filem-filem dan siri yang di bawah payung Disney namun maklumat lebih terperinci tidak dikongsi sehinggalah hari ini.

Sebentar tadi Bob Iger, presiden Disney telah memperlihatkan antaramuka Disney+ buat pertama kali menerusi akaun Twitter beliau. Tidak mengejutkan antaramuka yang digunakan mempunyai banyak persamaan dengan perkhidmatan penstriman sedia ada. Yang menarik ialah imej kecil untuk Captain Marvel yang akan menjadi filem eksklusif hanya di Disney+. Turut dapat dilihat ialah imej kecil untuk siri The Mandalorian di dalam dunia Star Wars.

Perkhidmatan ini akan dilancarkan pada 12 November 2019 di Amerika Syarikat  terlebih dahulu. Perkhidmatan ini kemudiannya akan ditawarkan kepada pengguna global secara berperingkat dalam masa dua tahun. Ia boleh dilanggan pada harga $6.99 sebulan atau $69.99 setahun. Ini meletakkannya sebagai perkhidmatan penstriman yang paling mampu milik di pasaran Amerika Utara.

Kandungan akan ditawarkan pada resolusi 4K dengan sokongan HDR. Disney turut mendedahkan pada tahun pertama mereka pelanggan boleh menstrim 500+ filem, 7500+ episod pelbagai siri TV, 25+ siri TV baharu terbitan sendiri dan 10+ filem baharu. Kepada peminat The Simpsons, kesemua 30 musim siri animasi popular ini akan dapat distrim pada hari pertama.

Buat masa ini nampaknya kandungan dikategorikan di bawah studio Disney, Marvel, Pixel, Star Wars dan National Geographic. Memandangkan Disney telah mengambil alih Fox, besar kemungkinan studio ini juga akan mempunyai kategorinya sendiri di Disney+. Turut dapat dilihat ialah barisan khas untuk kandungan yang disarankan serta barisan untuk melihat kandungan yang telah ditonton. Yang pasti selepas ini untuk menonton kandungan milik Disney, pengguna tiada pilihan tetapi perlu melanggan kepada perkhidmatan penstriman video ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UM4yP5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.