Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siri Acer Aspire Menerima Kemaskini Baru – Pilihan Antara CPU Intel Ataupun AMD - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siri Acer Aspire Menerima Kemaskini Baru – Pilihan Antara CPU Intel Ataupun AMD

Siri komputer riba Acer Aspire dikenali untuk binaan, rekaan dan spesifikasi yang dibina khusus untuk tujuan kerja di dalam dan di luar pejabat, dan di acara Acer Global Press Conference tahun ini, ia nampaknya akan dikemaskini untuk menjadikannya komuter riba yang sesuai untuk pelbagai jenis tugas.

Acer Aspire 7

Bermula dengan Acer Aspire 3, komputer riba ini kini tiba dengan beberapa pilihan CPU, termasuklah siri CPU Intel Core generasi kelapan dan juga siri CPU AMD Ryzen Mobile yang hadir dengan GPU Vega Mobile. Bukan itu sahaja, bergantung kepada model CPU yang anda pilih, Aspire 3 ini turut hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce MX250 ataupun AMD Radeon RX540.

Acer Aspire 5 pula hadir dengan spesifikasi-spesifikasi dalaman yang sama seperti model Aspire 3, tetapi perbezaan paling ketara yang dapat dilihat ialah model Aspire 5 hadir dengan rekaan aluminum pada bahagian belakang paparan yang memberinya rupa yang lebih premium.

Acer Aspire 7 boleh dikatakan model yang paling padat dengan storan digital diantara ketiga-tiga model ini. Ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7 generasi kelapan, dan mempunyai storan SSD NVMe PCIe sebesar 1TB dan cakera keras sebesar 2TB.

Kesemua model-model komputer riba Acer Aspire ini turut hadir dengan rekaan paparan hampir nirbingkai pada resolusi Full HD yang memberikan laptop-laptop ini rekaan dan rupa yang lebih premium berbanding dengan komputer-komputer riba yang lain.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2P1mFuQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.