Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Semakin Menghampiri Sasaran Menggunakan 100% Kuasa Lestari Untuk Pengeluaran Peranti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Semakin Menghampiri Sasaran Menggunakan 100% Kuasa Lestari Untuk Pengeluaran Peranti

Tahun lalu Apple mengumumkan keseluruhan operasi harian mereka di seluruh dunia kini menggunakan kuasa yang dijana sepenuhnya dari sumber lestari. Ini merangkumi pejabat, Apple Store dan pusat data di 43 buah negara. Mereka turut komited untuk menggalakkan rakan pengilangan mereka untuk menggunakan sumber elektrik yang bersih sepenuhnya di masa hadapan.

Di dalam laporan terkini hari ini, Apple mengumumkan kejayaan meningkatkan jumlah pembekal komponen yang menggunakan sumber tenaga lestari ke 44. Ini adalah peningkatan hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu. Dengan ini sasaran mereka untuk turut menghasilkan peranti menggunakan sumber tenaga lestari sepenuhnya semakin menjadi realiti. Antara pembekal yang mengumumkan komitmen untuk menggunakan sumber tenaga lestari adalah BOE, Corning Incorporated, Finisar, Pegatron, Qorvo, STMicroelectronics, TSMC dan Wistron.

Apple turut akan dapat melepasi sasaran menggunakan 4 Gigawatts tenaga dari sumber lestari menjelang 2020. Selain penggunaan tenaga lestari, Apple turut hanya menggunakan bahan kitar semula dalam penghasilan kotak produk, mengitar semula peranti-peranti lama menggunakan robot dan menggunakan sumber aluminium yang mesra alam pada MacBook serta Mac Mini baharu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2G7ClIZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.